Thursday, February 13, 2014

Kisah Hidup Aku Part 10

"let's get to work!" aku text Ched...

Keesokan harinya, aku dah start buat paperwork untuk business Ched. Nak revise balik company yang tengah serabut tunggu masa nak jatuh ke tanah. Habis modal ditaburkan ke kilang yang tak mendatangkan untung dengan sewa pejabat yang sangat tak termampu nak dibayar. Dalam kesibukan aku dengan Ched, aku terima panggilan daripada Intel. Aku diterima kerja...

"I'm sorry, I can't accept this offer since I'm not really good in calculations and I already have business to take care of.."

Sepantas tu ayat aku tak berfikir panjang. Aku fikirkan harapan Ched terhadap aku yang begitu tinggi. Aku tak boleh lalukan separuh jalan. Hari demi hari, bisnes dah semakin pulih. Kami hentikan operasi di Alor Setar dan balik ke KL. Sorry to say, tak boleh cerita detail how the company get back on track dalam masa seminggu dua.

Aku ke Kuala Lumpur dengan harapan memajukan bisnes Ched. Aku tinggal bersama kawan-kawan aku sementara Ched tinggal di kondominium bersama kawan-kawan dia. Dalam pada masa yang sama, kami sama-sama cari rumah yang sesuai untuk berpindah dan mulakan hidup baru. Aku dapat kondominium yang cantik, harga berpatutan, kami berpindah dan tinggal bersama. Aku dah mula rasa ada benda yang tak kena. Entah kenapa aku rasa kerja aku seharian tidak cukup.

Lama kelamaan, aku rasa aku dah tak sesuai untuk bersama Ched. Macam-macam dugaan kami tempuhi bersama. Semakin bisnes maju, semakin banyak dia belanjakan duit. Aku pula berusaha untuk jimat supaya boleh dilabur ke dalam bisnes dalam jangka masa panjang. Bulan Oktomer menjelma, hari konvokesyen aku sudah hampir. Pada mulanya, aku memang berharap Ched datang ke majlis konvokesyen aku. Tapi bila hubungan kami dah mula renggang, aku tak beri apa-apa harapan yang dia akan hadir. Tengah lepak-lepak dengan member lain, ada sorang member tanya...

"Ko tak g konvo dye ke nanti?"

"Mesti la aku kena oergi, aku kan penting" Pantas Ched menjawab

Aku diam membisu.. tak sangka plak mamat ni nak ikut. Aku tempah 2 bilik hotel untuk 3 hari. satu untuk Ched, satu untuk family aku. Pada masa yang sama, aku dah habis budget.. aku tak mengeluh pun. Aku tak pernah tunjuk yang aku tak ada duit depan Ched.

Hari konvokesyen tiba... aku sampai awal di Melaka Ched pula ada urusan dengan customer katanya. Dia beritahu akan sampai malam.. semalaman aku tunggu tak kunjung tiba. Member yang lain dah sampai.. aku tanya "Mana Ched?"

"Kami tinggal dia tadi.. dia busy sangat. Dia cakap nak datang sendiri" Jawab si F

Aku terus menunggu ke lewat malam. Aku dah syak dia tak datang. Aku abaikan. Memang gelinang air mata jugak dibuatnya. Bila dia beri harapan nak datang, aku siapkan segala kelengkapan tapi dia tak datang.

Majlis konvokesyen aku berlangsung begitu cepat. Jam 2 petang semuanya berakhir dan aku bersedia balik bersama family. Family aku tinggalkan aku di KL dan mereka balik ke Kedah. Aku whatsapp Ched..

"kat mana? aku dah sampai rumah"

"la... aku baru sampai Melaka ni... apsal balik awal sangat?"

Dah... darah aku dah naik ke kepala. Memang baran dibuatnya. Aku tak faham kenapa dia pergi ke Melaka selepas aku dah habis majlis konvokesyen.

"kata nak jalan-jalan melaka dulu? aku baru sampai ni takkan nak terus balik?"

"Aku penat ni Ched.. dari semalam aku tunggu knp tak datang?"

"Kereta aku problem laaa... tak pe la ko balik Kedah la"

Damn... dia tak faham atau buat-buat tak faham? Aku penat, tak cukup tidur tunggu dia, dia suruh aku balik Kedah? Memang aku rasa dia nak buang aku dari bisnes dia.

Bersambung...

No comments: