Wednesday, February 19, 2014

Kisah Hidup Aku [FINAL]

Alkisahnya, sesudah bekerja di bank tempatan kononnya jawatan executive tu, aku agak menyesal kerana diberi manager yang kurang cerdik dan evaluate pekerja based on discipline but not effort and result. Aku pernah lewat setengah jam ke office sebab penat sangat a day before tu aku kerja sampai 11 malam without considering it as OT. So.. aku pun sebenarnya dah fed up dengan kerja aku sekarang ni. Nak tak nak, aku perlu apply bidang engineering jugak lepas ni. 


Bila dah encik suami diperintahkan untuk pergi ke kursus di Sungai Petani, kami dah rancang yang dia akan datang sehari dua lebih awal untuk bersama aku. Bila dia dah hantar resign letter di tempat kerja lama, aku rasa macam hubungan ni dah longgar. Dia jarang text atau tanya khabar aku. Aku rasa sunyi. Aku rasa disisih. Kami diam menyepi selama seminggu tak bertegur sapa. Jawapannya mudah, selama ni, aku tak melayan dia jadi dia anggap dia sudah terbiasa hidup keseorangan. 

Entah macam mana, gaduh-gaduh tetiba elok balik. Dia tepati janji bahawa akan datang jumpa aku sehari lebih awal. Kami bermalam di hotel dan aku rasakan seperti inilah kali terakhir aku akan bersama dia. Dalam hati ada tersirat rasa gundah, rasa pilu. Senyuman aku yang menguntum menutup semua perasaan tu. Kali ni aku nampak dia amat segak dan bergaya. Entah kenapa perasaan sayang terhadap dia lebih membuak-buak. Pada masa yang sama, aku rasa gelisah. Persoalan demi persoalan hadir di dalam benak kepala. 

Aku pesan, nanti sebelum balik ke KL, singgah dulu jumpa aku. Aku rindu sangat. Tapi, bila dah mula kursus, aku rasa seperti diabaikan. Janji tinggal janji. Temu janji aku dibatalkan kerana teman baru yang dia kenal semasa kursus nak tumpang balik KL. Agak besar pergaduhan kami di hari jumaat lepas.

"Sy mintak awak balik KL nanti eksiden mati!"

"Elok la doakan saya mati, tu yang awak nak kan?"

"Saya rela awak mati daripada awak hidup untuk berikan saya harapan palsu! Biar la awak mati supaya saya tak perlu cari awak lagi lepas ni!!!"

Memang aku hilang akal. Aku tak tahu, bila aku marah, sememangnya ayat yang aku gunakan akan mengguris hati sesiapa sahaja. Aku mohon maaf dan kami berbaik. Tak sampai seminggu keadaan baik, hari ni memang kemuncak segalanya. Aku dah tak tahan... apa nak jadi, jadilah.

Pagi tadi, dia beritahu aku yang dia ditempatkan di Pekan, Pahang. Bila aku dapat tahu, aku rasa tak kena. Macam mana aku nak ke Pekan dengan lebih cepat? Tak ada flight direct ke Pekan melainkan melalui bas yang mengambil masa tidak kurang 12 jam untuk berjumpa dengannya. Ditambah lagi, dia tinggal di kuarters kerajaan dan aku tak dibenarkan ikut bersama. Pedih. Sakit. Aku cuma bayangkan hubungan ini tak akan sampai kemana.

Berlaku pergaduhan manja ketika dia mula text aku malam tadi. 

"Hi syg, xmesej plak malam ni?"

"Takde mood" balas aku.

"Pekan tu pedalaman, jadi orang asli la abg lepas ni"

"Jadi la nak jadi ape pun! Tak kisah dah" balas aku

"eh, kenape ni?"

"Syg dah give up. Syg tak tau nak buat apa lagi dah. Ikut suka abg lah. Kalau abg sayangkan hubungan ni, abg buat la ape yang patut. Syg dah taknak bagi harapan apa-apa lagi dah dengan hubungan ni"

Lalu terdiam... tak ada sebarang balas dari dia...

"Macam skang ni la. Dah nampak dah. Penat type tapi cakap sorang-sorang. Nite"

"Hmm... nite"

Itu saja jawapan balasnya. Memang aku rasa dia dah tak hiraukan aku... selepas befikir panjang aku dah buat keputusan untuk melepaskan dia pergi dengan keinginan dia. Aku tak boleh mengharap cinta seseorang jika perasaan dia terhadap aku semakin pudar. Selama 2 minggu ni aku dah penat ambil tahu setiap apa yang dia lakukan. Cuba menjadi seorang yang mengambil berat. Whatsapp siang malam ada dibalas ada yang tidak.. aku sudah putus asa.....

"Syg dh cube yg terbaik. Dh cube jd caring. Cube berubah. Tp syg rase mcm sia2. Syg cuma fikir banyaknye pengorbanan yg syg dh buat mula2 dlu utk kita bersama. Org mengata kt belakang, org hina, Org nak bunuh syg, syg buat2 xtahu semua tu asalkn dpt abg. Sebab syg xtau ape akan berlaku lepas tu. Kalau syg tau abg akn rasa bosan n menyesal dengan semua ni, syg xkan teruskan dr dulu lg. mungkin abg lupa syg suruh jauhkan diri dr syg dlu. Syg mudah rasa sakit hati. Syg mudah rasa kecewa. Sebab tu sebelum apa2 syg cuba elakkan. Tapi siapa yg pandai memujuk sampai syg terima semua ni? Syg rasa abg anggap tu benda biasa yg boleh dilupakan. Syg xkan lupa. Sebab syg xpnh lalui benda ni semua. Bila semua benda jadi, syg kne pinggir beberapa kawan, tp abg ok takde masalah. Kite sembunyi semua tu aib abg tak sape nampak. Aib syg semua org nampak.

Syg dh mula tertekan awal2 lg, sebab tu syg buat macam2 hal. Syg sedar masa tu syg terima abg sbb rasa sunyi. Rasa nak berteman nak berkasih syg. Tp bila syg rasa kosong, syg memberontak.

Dah banyak kali kite putus. Tiap kali putus siape yg cari siape? Baru hari ni syg sedar. Syg yg cari abg lepas setiap kali kite putus. Cube letak harapan abg berubah, abg sayang syg mcm kite mula kenal dulu. Tapi syg x nampak pn. Setiap kali syg ada musibah, syg sakit hati, syg menangis, merajuk, makan hati semua sorang2. Syg takut nk hilang abg sebab syg sangka abg je blh bahagiakn syg. Tapi, kalau abg xbahagia syg xblh paksa. Dah lumrah hidup syg, dari dulu, syg hanya mula syg seseorang bila dia dah nak pergi.

Malam td, syg xblh tdo. Mintak tolong abg call syg je kejutkan. Bangun lewat td kena marah lg dgn manager. Hidup lg tertekan. Syg simpan, syg xnk buat hal lg. cuba jaga hati abg. Syg text abg berkali2 xde reply. Xpe la maybe busy. Syg tunggu. Tp bila dpt tempat, syg dh xtau nk ckp apa. Serba xkena. Google sana sini check mcm mana nak cepat pg kt abg. Tp, bila syg tgk abg mcm seronok, terima semua tu dgn lapang dada, syg rasa... Sedih. Syg sedih sebab abg x cuba nak faham apa syg rasa. Lagi sedih bila syg xdpt cerita masalah syg, perasaan syg sebab abg cuma nak cerita hal abg. Syg x nampak syg kat mana. Xtau nak cerita kat sapa. Syg sedih sebab syg rasa selama ni syg bertepuk sebelah tangan.

Tapi, lepas syg fikir masak2, dr apa yg abg beritahu selama ni yg abg dh biasa keseorangan, syg faham. Syg ada atau xda, tak ada apa perubahan pn utk abg. Sebab syg dh lama hilang dlm hati abg. Syg xtau siapa yg ada kat situ, tp syg dpt rasa yg syg dh xda kat situ.

Syg dh give up. Syg dh boleh terima kalau abg terus terang yg abg dh bosan dgn semua ni. Syg xnk cuba atau bg apa2 harapan dah. Kalau abg rasa syg ada di sisi abg setakat nak mengongkong, syg pasrah. perasaan sayang tu buat syg nak tahu setiap gerak geri abg.

Syg dah sedia dah kalau abg nak terus terang yg abg dh x perlukan syg dah. Yelah, kalau syg ade pun cuma mengganggu je. Itu x boleh ini tak boleh, 24 jam nak text. Syg faham perasaan bosan tu. Syg dh lalui masa mula2 kita bersama dlu. Abg xperlu reply mesej ni kalau abg rasa hubungan ni takde apa2 makna. Kalau abg rasa hubungan ni penting utk abg, abg buat la sesuatu. Syg dah taknak letak apa2 harapan dah. Cukup la 2 minggu yg cukup menyakitkan ni. Terima kasih atas kebahagiaan yg abg dah bagi selama 3 tahun ni."

Itu saja yang aku mampu katakan kepada dia... Aku tak boleh tidur lagi malam ni.. wajahnya masih terngiang ngiang di ingatan... Nantikan jawapannya esok, atau tiada maklum balas.

TAMAT

1 comment:

albertelizaberth said...

Menghilang kah abg mie??