Sunday, December 1, 2013

Kisah Hidup Aku Part 9

Kehidupan aku di Melaka tanpa Mie buatkan aku tak tentu arah. Aku banyak habiskan masa bermain DotA, pada hujung minggu pula aku akan ke KL untuk beli handphone 2nd hand untuk dijual di melaka. Boleh la buat duit tepi. Selain Mie, ada sorang lagi kawan baik aku yang selalu kirimkan duit belanja iaitu Ched. Aku banyak bantu beri khidmat nasihat untuk perniagaannya, dia pula sediakan aku wang belanja. Aku tak perlukan sangat wang dari orang tua kerana 2 orang ini dah banyak membantu. 

Semester akhir aku di universiti, bf aku minta putus. Katanya kami tak serasi, aku pula selalu merajuk kerana dia banyak habiskan masa dengan bola dan futsal. Aku selalu bandingkan dia dengan Mie. Aku tahu, tak seharusnya begitu. Aku inginkan seorang bf yang mampu buat lebih baik daripada Mie. Sungguhpun mie tak ada disamping aku, tapi dia banyak dengar masalah aku. Tiap malam dia akan luah masalah tempat kerja dia, aku pula luahkan masalah aku di kampus. Sama-sama dengar masalah. Bf aku pula, selalu nak bermanja tapi tak nak ambil tahu masalah yang aku lalui. Bila aku luahkan masalah, dia selalu saja tunjukkan jalan penyelesaian yang tak logik dan tak membantu. 

Sekali sekala, mie datang jenguk aku di kampus. Bawa aku makan dan jalan-jalan. Semester akhir memang sibuk dengan thesis dan kerja-kerja lain. Aku terus lupakan bf aku. Tiap kali aku terlihat dia di kampus aku jadi marah. Alasan putuskan hubungan bagi aku sangat tidak munasabah. 

Aku lalui semester akhir dengan sempurna. Habis saja final exam, aku terima satu panggilan yang tak pernah aku sangka.

"Hello, may I speak to .......?"

"Yes, speaking. May I help you?"

"I am ..... From intel kulim. So, you're industrial engineering student right? How's your final exam? I am calling to invite you for an interview for industrial engineer. Are you interested?"

"Of course I do!"

"So, see you next week on tuesday"

lebih kurang gitu la, aku pun dah lupa skripnye. Nak dijadikan cerita, masa dia call tu pukul 9 pagi since first day final exam habis, memang la aku tak bangun awal. Nasib baik aura bahasa inggeris aku masih ada.

Aku bergegas pulang ke Kedah dan buat persiapan interview. Pada masa yang sama, aku kurang pasti sama ada keputusan yang aku buat ni betul atau tak sebab aku dah janji dengan Ched yang aku akan bantunya menguruskan bisnes sebaik saja aku tamat pengajian. Aku beritahu dia, kalau aku dapat aku akan tolong dia jika dia susah. Aku akan tambah modal dia. Dia seakan tak suka. Mana tidaknya, aku dah janji.

Pagi tu, aku berpakaian segak hitam bertali leher putih. Ibu dan kakak bawa aku ke kulim untuk interview. Aku menjawab semua soalan dengan lancar dan aku tak sangka bahasa aku yang selama ini tergagap gagap speaking selama ni hilang. Aku bertutur hampir fasih dalam english. Mungkin tuhan bantu aku. Tapi, di akhir sesi interview, manager tu beritahu sebenarnya mereka dah ada industrial engineer. Dia tanya,

"Do you mind if we give you capacity planning engineer? Your job is kinda busy la. You will sit in front of your laptop doing calculation all day long and if any calculation mistake you will responsible for overall production line loss"

Mudah je aku jawab.. "Wow... Interesting"

Padahal dalam hati aku rasa job ni memang tak ada life. Lepas interview dia beritahu akan hubungi aku dalam masa 2 minggu. Kalau lepas interview tak dapat jawapan, bagi aku... Dia memang tak nak la tu. Aku pun tak tau mana silap aku.

Bersambung....

4 comments:

abg janggut said...

part 9 please :)

abg janggut said...

opps salah part 10 hehehehe

albertelizaberth said...

Mengharapkan ep 10 ...

Anonymous said...

sorry ek dek..bukan nak tunjuk pandai..sajer jer gatal nk komen..hihihi


"I am ..... From intel kulim. So, you're industrial engineering student right? How's your final exam? I am calling to invite you for an interview for industrial engineer. Are you interested?"

actually jawapan yg betul should hv been ...

"Of course I am!"