Tuesday, November 26, 2013

Kisah Hidup Aku Part 8

Sebelum aku melangkah ke tahun 3, aku perlu jalani latihan praktikal selama 10 minggu di campus. Pada masa yg sama Mie jalani latihan industri di Kedah. Aku rasa sunyi sangat bila berjauhan dengan Mie. 

Aku pindah ke kolej kediaman lain, kolej kediaman yang lama, tempatnya agak kurang selesa kerana apartment dah lama. Aku tinggal bersama 2 lagi rakan sefakulti. Sorang satu bilik. Masa ni la aku berkenalan dengan Mr. X iaitu teman istimewa aku sehingga sekarang. Boleh rujuk post sebelum ni bagaimana kisah cinta tiga segi aku bermula.

Aku pernah mengadu dengan Mie tentang masalah Mr. X sehingga libatkan aku dalam kisah cinta tak berbalas dia. Mie cakap, "jangan kawan dengan Mr. X jaga diri elok-elok aku jauh ni, jadi apa-apa nanti susah aku takda"

Aku cuba jauhkan diri dari Mr.X, tapi dia tetap berusaha dekati aku. Dia tahu kalau aku terlalu rapat dengannya, ada orang kurang senang. Dia bagaikan sengaja buat aku didalam bahaya. Bila cuti berbaki lagi sebulan, aku pulang ke Kedah. Masa cuti tu la cinta aku berputik. Tiap malam dia tanya khabar aku, berborak hingga kepagi. Aku tahu dia cuba sembunyikN sesuatu. Dan aku juga tahu dia sudah punyai teman wanita. Dan aku mula mengesyaki yang dia ada perasaan terhadap aku. Mana tidaknya, aku tak tahu bila masa dia berikan layanan kepada teman wanita dia sedangkan 24 jam masanya dihabiskan untuk mengayat aku.

Aku inginkan kepastian.. Malam tu, aku tanya terus terang...

"Aku nak make things straight ni"

"Cakaplah, apa?

"Aku kurang selesa la ko text aku tiap hari macam ni, awek ko tak kisah ke? Aku nak beritahu ko yg aku ni bisex. Aku ada perasaan dengan lelaki. Boleh tak kau jauhkan diri dari aku untuk seketika waktu?"

"Tapi kenapa? Apa masalahnya?"

"Aku taknak nanti aku jatuh hati dengan kau! Ko pergi jauh-jauh boleh? Tolongla, aku taknak benda ni jadi lebih teruk!"

"Kalau aku cakap aku suke ko macam mana?"

"Dah la Rahim, aku tak berminat dengan ko, tapi kalau ko terus buat caring dengan aku macam ni aku pasti satu hari aku akan suka kau, patah hati dengan kau"

"Tapi aku memang sukekan ko sejak pertama kali aku jumpe ko kat campus!"

Aku diam.. Aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku tahu, ketika ini aku sunyi, aku terdesak inginkan teman lelaki. Aku terlupa tentang Mie kerana aku sendiri terlalu sibuk melayan Rahim. 

Keesokan harinya, dia tak henri-henti sms aku. Cuba pujuk aku, siap top upkan number aku. Apa yang jelas, budak ni memang bukan main-main, dia serius! Aku dengan berat hati menerima cintanya tanpa berfikir panjang. Aku tahu apa akibatnya jika aku punyai hubungan dengan dia. Ed pasti cemburu. Sedangkan sebelum aku jalinkan hubungan dengan Rahim dia sudah mula cemburu, inikan pula sesuatu yang dia cuba elakkan benar-benar berlaku. Satu lagi dugaan, rahim sudah punyai teman wanita. Ahhh aku memang buat keputusan membabi buta! Aku tak terfikir apa kesannya. Sambungan cerita ini boleh dirujuk pos sebelum ini. Hee!

Dalam aku bercinta dengan si Rahim, aku banyak tempuhi berbagai dugaan. Aku selalu bandingkan dia dengan Mie. Mana tidaknya, Mie lebih memahami aku. Mie tahu apa aku inginkan, dia juga tahu bila aku bersedih. Mie tak suka tengok aku susah.

Mie tak tahu hubungan aku, sampai sekarang pun aku masih berahsia dengan dia. Pernah sekali aku cuba ceritakan kepada mie. Aku bergaduh dengan Rahim. Tiap kali aku bersedih dia tak pernah pujuk. Tingginya ego dia. Menangis ketika makan malam bersama Mie. Mie bawa aku ke suatu tempat, dia biarkan aku menangis di bahunya tanpa bertanya apa-apa. Kalaulah dia tanya, apalah aku nak jawab.. Aku rasa sampai sekarang dia masih belum tahu apa yang terjadi.

Setahun berlalu, Mie dah hampir tamat pengajian, aku pula mula rasa sebak tiap malam aku makan bersama mie. Kadang-kadang, aku menangis di belakang Mie ketika dia boncengkan aku ke tempat makan. Aku perhati mie dari belakang, dalam hati aku, aku fikirkan apalah nasib aku jika lelaki depan aku ni tinggalkan aku semester depan. Apalah nasib aku jika jejaka ini hilang dengan kesibukan kerjanya nanti... Apa yang aku mampu buat, hanya bantu dia habiskan semester terakhor dengan selesa. Beberapa bulan terakhir aku banyak habiskan masa dengan Mie. Aku rasa mie sendiri faham yang kami tak punyai banyak masa lagi untuk bersama. Walau sesibuk mana pun, kami tetap makan malam bersama. Aku bantu dia siapkan thesisnya. Bahasa inggeris dia lemah, tiap kali hantar ke supervisor kena reject. Aku siapkan thesisnya, edit semua ayat yang salah, dan sebagainya. Alhamdulillah.. Dia berjaya siapkan sebelum perbentangan projek. Selepas siapkan thesis, aku pohon kerja untuknya. Alhamdulillah.. Segala usaha aku berhasil. Dia sekarang seorang engineer.

Sila rujuk post sebelum ini untuk sambungan bahagian ini...

Aku mulakan semester satu tahun terakhir dengan sederhana. Aku hilang tumpuan. Aku rasa bosan dan aku rasa kosong walaupun aku punyai teman lelaki. Mie akan text aku tiap malam ketika aku pergi makan. Dia tahu aku akan makan sorang-sorang lepas dia dah tak ada. Tiap hari dia tanyakan khabar. Tiap hari dia merungut banyak kerja dan sibuk. Kadang-kadang, dia tak yakin yang dia diveri tanggungjawab sebagai engineer. Sesibuk manapun dia, dia sempat tanyakan khabar aku sebelum tidur.

Hubungan aku dengan bf semakin longgar. Kami selalu bergaduh. Dia tak memahami aku sepertimana mie memahami aku. Aku rasakan aku silap membuat pilihan. Tiap kali aku dalam kesusahan, dia tak pernah bersama. Bila mie dah kerja, mie tanggung perbelanjaan aku. Tak cukup duit, beritahu saja dia. Dia belikan aku ipad, katanya memudahkan aku untuk buat kerja kerana aku tak punyai laptop dan hanya gunakan PC. Aku tahu, di sebalik semua itu, bf aku berasa cemburu. Mana tidaknya, aku banyak habiskan masa dengan Mie berbanding dia. Kadang kala aku terlupa yang aku sudah punyai bf.

Bersambung...

No comments: