Monday, November 25, 2013

Kisah Hidup Aku Part 7

Sorry guys, lama tak update busy sangat sebelum-sebelum ni. Dan ini kisah sambungannya. 

Semester pertama berlalu begitu cepat, Mie dah ada awek, aku pun dah jadi agak popular di kolej, pejam celik pejam celik dah cuti semester. Oh.. Pasal Awek dia tu better korang check balik post sebelum ni ye.. Taknak cerita benda yg berulang nanti korang plak complain boring. Masa cuti semester aku rasa sunyi sangat. Kadang-kadang text Mie macam malas nak berborak je. One day dia ajak ikut dia jalan-jalan cari kerja part time. Banyak tempat kami perhi semua taknak. Si Mie ni bendul jugak orangnya. Dah cakap student lagi siapa la nak ambil kerja. Pejam celik pejam celik reault dah keliar. Surprisingly, result aku sama dengan Mie walaupun tak sekuliah. 1.89 memang sangat teruk. Sepanjang hidup aku tak pernah dapat result seteruk tu. Kami dikategorikan sebangai KS dan PTPTN untuk semester 3 akan dibekukan. 

Bila nak balik ke Melaka, Mie dah beli tiket. Banyak kami berbual dalam bas, tapi bila aku tanya pasal Lisa dia tak banyak respon. Dia memang tak suka aku ambil tahu tentang Lisa.

Semester kedua, kami banyak habiskan masa di hostel. Tak boleh banyak berjalan sebab kekangan duit. Kami dah dianggap adik beradik. Baju sama almari, tidur sama katil. Aku rasa selesa berkongsi macam ni. Aku takde duit aku sebat duit dia, kalau dia takde duit, dia sebat duit aku. Pernah kami kehabisan duit, cari sana sini total ada RM5. Kami kongsi duit tu buat beli Maggi kongsi 2 org untuk 2 hari. Dari saat tu, aku rasa dia dah macam abang aku. Dia suruh aku makan dulu lepas tu simpan la untuk dia. Baju dia aku akan cuci di hujung minggu. Maklum la, baju dia baju aku jugak.. Kadang-kadang ada budak kelas tanya.. "Ni bukan baju Mie ke?"

Hubungan kami yang terlalu rapat tak disenangi sesetengah pihak. Tentu la awek dia rasa terkilan dah 24 jam berkepiy dengan aku. Sampai dating pun nak bawak aku. I know she needs some space. Aku tak perbah kisah dan aku tak pernah merungut minta mie ada dengan aku sepanjang masa. Semuanya atas keputusan dia sendiri.

Bila hijung semester, aku rasa sedih sangat. Sedih sebab semester berikutnya aku akan di hostel lagi dan Mie perlu pindah ke rumah sewa. Dia menyewa dengan rakan sekuliah. Aku menangis sorang-sorang. Aku dapat rasakan lepas ni hubungan aku dengan mie dah tak macam ni. Aku merajuk, aku tak balik ke Kedah dengan mie walaupun dia tunggu aku habis final exam untuk balik sama-sama. Aku beli tiket flight, dia balik dengan bas. Pada hari yang sama. Baru jejak kakii turun flight dah dapat text,

"Hg dah sampai ka? Aku baru kau KL ni kesian aku balik sorang-sorang"
 
Aku tak reply text tu. Sepanjang satu cuti semester aku tak contact Mie. Seminggu sebelum semester baru bermula, Mie dah belikan tiket untuk balik sama-sama. Banyak benda diborak dalam bas macam tak berjumpa bertahun-tahun. Sampai Melaka, dia bawa aku ke rumah sewa dia, sebelum hantar aku ke hostel. Hostel aku pun dah lain, lagi jaih aku dengan Mie.

Tapi aku tak sangka mie selalu tanya khabar. Selalunya weekend mie ajak tidur dengan dia di rumah sewa dia. Dah jadi kelaziman aku kesana setiap hari cuti kalau aku tak banyak assignment. Sampai semua budak rumah dia dan budak kelas dia aku dah kenal. Aku bukan orang asing lagi di tumah tu. Kadang-kadang, sampai je aku depan pintu gate, Ali dah panggil Mie, "Mie, adik ko dah sampai ni!"
Beberapa bulan berikutnya, Mie ajak aku pergi bercuti tiap minggu. KL, Johor, N. Sembilan semua tempat kami pergi.. Aku tak sedar yang dia sedang patah hati, dia putus dengan Lisa. Zizi yang beritahu aku.

 "Ko tak tau ke sebab dia ajak jalan2 tiap minggu? Macam mana ko boleh tak tau?"

"Mana ada dia bagitau apa-apa!"

"Dia dah putus dengan Lisa, hari tu menangis meraung punya la kuat"

Semuanya berlalu dengan pantas, setahun berikutnya aku berpindah ke rumah sewa tak jauh dengan Mie. Tiap kali ulang alik Kedah kami sentiasa bersama. Tiap malam kami makan sama-sama. Dia akan datang ambil aku, semua tempat yang dia tahu dia bawa aku pergi makan. Kadang-kadang, sama-sama sibuk tak sempat makan bersama. 

Bersambung...

No comments: