Saturday, August 3, 2013

Kisah Hidup Aku Part 6

Aku diajak kawan lama untuk membuka bisnes sendiri. Sebagai agen TM. Aku jangkakan mudah, rupanya susah. Aku berhenti di syarikat tersebut. Aku join venture dengan kawan aku, buka syarikat sendiri makan komisyen untuk pendaftaran produk TM dan Celcom. Aku terpaksa ke KL untuk berjumpa orang kenamaan di ibu pejabat TM. Aku ajak Ched. Ajak-ajak ayam. Aku tak sangka yang dia mahu ikut. Kami bertolak ke KL berdua, sampai saja di KL kawan aku ambil. Kerja berjumpa orang sana sini untuk setup business.

Bila dah daftar sebagai syarikat agen yang sah, kami diberikan kerja pertama untuk membuka booth di kawasan perumahan di Cheras. Aku dan Ched tunggu seharian di situ. Tak banyak sale, waktu petang hujan pula turun. Kereta kawan aku bawak. Kami pulang dengan motosikal. Hujan lebat teramat, petir sabung menyabung. Sangat menakutkan. Aku peluk rapat basyeer. Sememangnya kalau aku naik motor, aku tak bawak. Memang aku tak yakin sangat kalau aku bawak. Tambah-tambah dalam bandar.

Dalam hujan yang lebat, kami rempuh juga untuk pulang ke hotel di Gombak. Aku tak tahu macam mana Ched boleh sesat sampai selayang. Aku marah dia sangat-sangat. Dah la hujan lebat, basah kuyup dia pula terlajak jalan. sampai di hotel, kami berdua terus tidur. Penat sangat. Keesokannya aku bangun, ched senang surf internet guna laptop aku, dan fon aku. Baru aku teringat yang internet yang aku langgan pakej harian sudah tamat tempoh. Alamak..

Aku terus bangun. Tengok fon..

"Maaf, bill anda sudah mencapai had kredit."

Huarghhh!!! Dalam hati macam nak hempuk je budak ni. Bebal. Tapi ada jugak rasa kesian. Aku pendamkan je. Aku tak cakap yang bill telefon aku dah capai RM500. Tapi aku rasa dia tahu. Hari tu, kami bergegas ke PWTC. Ada MATTA fair. Buat sales dengan budak-budak kerja part time area KL. Memang banyak sale yang dapat. Mana tidaknya si Sarah langgar peraturan TM dalam etika berpakaian. Dia pakai hills dengan legging, baju T diikat atas pusat. Dia sorang saja 30 sale. Tak sangka pula Ched dapat 2 sale. Tak tahu macam mana dia approach orang. Aku tengok senyap je.

Dari situ, Ched belajar berbisnes. Malam akhir di PWTC laptop aku kena curi. Pada masa yang sama, Ched dapat SMS daripada temannya di MRSM. Dia berjaya dapat 10A. Dalam hati aku..

"Cerdik rupanya budak ni.. Tak tahu pulak belajar MRSM. 10A pulak tu"

Ched berhenti kerja setelah pulang ke Kedah. Dia perlu buat persiapan untuk ke matrikulasi. Dia ada beritahu aku yang dia dah reject offer ke Mesir untuk kursus perubatan. Memang cita-cita dia untuk jadi doktor. Semasa dia belajar di matrikulasi, tiap minggu dia balik dia akan datang ke pejabat aku, berborak. Selalunya aku berikan wang untuk belanja.

Satu hari, aku rasa memang dah penat dengan bisnes ni. Aku buat bisnes 2 orang tapi aku rasa macam semua benda aku kena buat. Tiap hari naik turun TM Point meeting sana meeting sini tapi kawan aku tu stay di KL. Bagi aku, cukup la sekadar tanya khabar. Hari tu, aku tension, aku dengar kawan aku tu balik Kedah tapi tak beritahu aku. Tak cukup dengan tu, dia boleh ke Perlis dating dengan tunangnya. Memang aku angin semacam.

Kawan aku minta aku check keputusan permohonan ke universiti, aku pun terlupa yang aku pun mohon. Aku check, memang dia gagal. Budak pandai pun gagal, aku lagi la gagal. Bisik hati aku. Tak sangka bila aku check aku dapat ke UTeM. Macam mana ni, bisnes baru nak jalan.. TM dah bagi satu kawasan industri untuk aku uruskan pemasangan telefon dan internet. Tiba-tiba Mie hubungi aku.

"Weh, hg dapat UTeM kan? Kos apa?"

"Blablabla"

"Eh.. Sama la kita, syok la ada geng kelas sekali. "

"Aku tak sure la Mie. "

"Ala, jom la.. Dah ada geng.."

Aku iakan saja. Memang berat untuk aku berhenti berbisnes. Duit dah habis banyak, family aku pula nak sangat aku pergi. Aku bersetuju untuk lanjutkan pelajaran.

"Wey! Hg kat mana? Aku dah sampai nie. "

"Aku baru sampai Seremban ni Mie. Tunggu aku tau.. Kita daftar sekali"

"Okay2.. Aku tunggu ni. Nanti jumpa aku depan pintu dewan, aku pakai baju putih"

Sesampai aku di dewan, terus aku jumpa Mie. Aku minta surat tawaran, nak make sure kos dia dan kos aku sama. Sememangnya sama, tapi tahun berbeza. Aku rasa macam nak balik rumah masa tu jugak. Memang menyesal. Mie masuk tahun 2, aku pula tahun 1.

"Ala.. Hg taun 2, aku taun 1.. Nanti awal2 hg dah blah tinggal aku sorang2 sini"

"Alah.. Tu lambat lagi nanti jumpa la member sini"

Hari tu, memang kami dah rancang untuk dapatkan asrama sebilik. Tak sangka apa yang dirancang jadi kenyataan. Bermulalah hidup aku dengan Mie. Sepanjang aku di asrama, tak pernah aku keseorangan. Tak pernah rasa sunyi. Mie selalu hiburkan aku. Kadang-kadang aku terfikir.. Kenapa masa diploma dia tak macam ni? Hari demi hari kami jadi lebih rapat. Bahkan kami jadi bualan ramai pihak. Ada juga yang cop kami sebagai pasangan Gay. Mie tak pernah kisah. Mana dia pergi mesti ada aku. Memang semester pertama kami banyak habiskan masa berjalan-jalan seluruh Melaka. Malam-malam kami berdua mengadap PC masing-masing. Bilik kami kecil, tambahan pula kami bawa PC. Katil digabungkan jadi satu untuk jimatkan ruang. Memang tiap malam ada saja pillow talk. Lama kelamaan, aku sedar aku menaruh hati terhadap Mie. Aku bagaikan tak boleh hidup tanpa dia. Kadang-kadang bila dia lambat pulang dari kuliah hati aku tak senang. Mesti aku hubungi dia.


Bersambung.. Penatnye taip



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

5 comments:

Kang Raera said...

Kalau sudi jom lah baca blog saya http://kakiberangan.wordpress.com/ :)

misaki toru said...

Mana sambungan lagi? Hehe

halfbloodofvampire said...

sambung lg...

Eric Que Etiqaz said...

lamanya next part

CroniXsouL said...

sorry guys,.. busy hehe.. ok next few days akan diupdate