Friday, August 2, 2013

Kisah Hidup Aku Part 5

Sebulan berlalu. Semakin hari semakin tekanan aku dibuatnya. mana tak tension, kalau ada tugasan secara berkumpulan, pasti aku dipinggirkan. Lama kelamaan aku dah jadi lali. Aku muak dengan orang di sekeliling aku. Aku padam akaun MySpace. Aku padam blog peribadi aku. Segalanya aku padamkan. Segala aktiviti aku di internet bagai diperhatikan.

Suatu hari, selepas kuliah aku beranikan diri ke depan. Semua orang terpaku melihat aku seakan-akan ingin memberi ucapan.

"Hari ni, aku nak tau dari semua orang apa yang korang tak puas hati dengan aku? Aku pernah ganggu hidup korang ke? Ada aku mencuri harta benda korang? Ada aku selalu mintak tolong itu ini? Aku tau korang jijik dengan aku. Korang boleh layan aku macam sampah, tapi fikir balik apa yang korang berhutang dengan aku."

Semuanya tergamam. Mana tidaknya, aku banyak membantu budak-budak kelas dalam pelbagai segi. Komputer rosak aku yang tolong baiki, kalau assignment kumpulan aku sorang yang buat. Mendengar kata-kata aku, semua orang mula membuka mulut.

"Okay, semua dalam kelas ni cakap apa yang korang tak puas hati dengan aku."

Hari yang bersejarah dalam hidup aku. Aku dikelilingi 40 orang mencemuh dan menceritakan sikap aku yang mereka kurang senangi. Tak satu pun berkait dengan aku ni homoseksual. Selesai semua 40 orang memberi sepatah dua kata, aku diminta menceritakan segalanya. Aku ceritakan siapa Azuean dan siapa diri aku sebenarnya. Mereka paksa aku berubah. Semuanya berjalan baik. Semuanya bersalaman dan bermaafan. Wakil kelas, minta semua bagi aku sokongan dan dorongan. Aku sangat terharu. Lupa aku nak cakap, masa aku diploma dulu, kelas aku 45 orang dan 40 daripadanya adalah lelaki. Kesemuanya punyai rupa yang tampan.

Aku lalui hari berikutnya seperti kebiasaan. Apa yang berlaku sebulan yang lalu seakan-akan tak pernah terjadi. Aku kembali rapat dengan teman sekuliah. Tapi, hubungan aku dengan Mie mula renggang kembali.

Habis belajar di kolej, aku bekerja sebagai guru sandaran di salah sebuah sekolah rendah. Aku mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk pelajar tahun 5 dan 6. Dalam tempoh 3 bulan ini aku belajar mengerti sifat kanak-kanak. Kenakalan mereka kadang-kadang mengingatkan aku semasa di sekolah rendah. Aku guru yang paling muda di sekolah tersebut. Yang paling kelakar, aku jadi kegilaan pelajar tahun 6. Tiap hari aku dihujani sms ajak keluar bersama pada hujung minggu. Memang gila. Tapi itulah hakikatnya. Kanak-kanak berusia 12 tahun sudah mula mengenali cinta monyet. Aku tak pernah melayan.

Habis kontrak aku selama 3 bulan, aku mula bekerja di salah sebuah syarikat sebagai sales executive. Sememangnya, aku cuba lari daripada bekerja di dalam bidang kejuruteraan. Memang bukan minat aku. Nama Azuean kini hanya jadi sejarah lampau yang tak ingin aku ingatkan lagi. Semasa aku bekerja sebagai sales executive inilah saat aku berkenalan dengan Ched.

Teman sekerja yang berhenti secara mendadak memaksa syarikat untuk menambah tenaga kerja. Bos aku pula prefer budak-budak lepasan SPM untuk digajikan. Katanya mudah diambil kerja. Kerja mereka mudah, buat sales untuk streamyx dan celcom. Satu hari, boss hubungi aku.

"Tengok dalam folder ada borang minta kerja. Nanti you tengok semua borang tu then call budak-budak. Panggil mereka untuk interview besok. You interview la, I busy la"

Borang pertama aku hubungi ialah Ched.

"Hello, ni .......... Ke?"

"Ya saya"

"Awak ada minta kerja di #*)(_-+@/ kan? Besok datang interview boleh?"

"Boleh.. Boleh.."

Memang dia kedengaran kelam kabut. Atas motor, bising. Suaranya macam orang berumur 30 an, bila aku tengok borang.. Tahun lahir 1991.

Keesokan harinya dia datang interview bersama kawan-kawan yang lain. Rupanya mereka kenal satu sama lain. Minta kerja yang sama. Aku teruskan sesi interview. Ched nampak kurang bercakap. Mungkin pemalu. Tapi ada rupa dan gaya. Macho sangat. Aku ambil 3 daripada 5 orang antara mereka.

Semasa mula bekerja, ched tak banyak cakap. Pak pandai serve customer. Selalunya aku yang tolong dapatkan sales untuk dia. Kadang-kadang aku jaga kaunter dengan dia. Dia ceritakan yang dia buat part time business. Jual barangan gajet pelik-pelik. Dengan usianya yang muda dan mula menceburi bidang perniagaan aku jadi kagum. Sememangnya akupun berminat dalam bidang perniagaan. Hubungan kami mula rapat apabila tiap hari bersemuka. Bahkan, aku diajak lepak di rumahnya pada hari cuti. Dia hanya tinggal bersama ayahnya. Ibunya meninggal dunia ketika dia masih di sekolah.


Bersambung...



My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments: