Thursday, August 1, 2013

Kisah Hidup Aku Part 4

Dua minggu dah berlalu. Tiap hari aku ke kuliah, sambil bawak motor mesti aku menangis. Tak siapa pun yang tahu. Aku tak tahu nak luahkan kepada sesiapa. Kawan-kawan yang aku kenal semuanya straight. Aku tak pernah rasa sesakit ini, tak pernah aku duga Azuean pergi dengan begitu mudah. Tiap hari aku cuba hubungi dia dan sms. Tak pernah dibalas.

Aku berkeputusan untuk ke Penang. Aku beritahu Azuean yang aku akan ke sana dengan alasan untuk kembalikan segala pemberian yang dia telah berikan sepanjang kami bersama. Aku bertolak ke Penang waktu petang. Aku terus naiki feri ke pulau. Aku tak punya banyak wang untuk naiki teksi ke rumahnya. Sesampai sahaja di seberang, aku berbuka puasa dengan air coca cola. Aku tak ada selera untuk makan. Aku beli sebungkus nasi lemak, tapi aku tenung saja nasi lemak tu. Aku terus hubungi Azuean. Aku beritahu dia yang aku akan menunggu dia di sini. 

"Adik, balik la dik.. malam ni abg tak boleh jumpa adik, abg nak sambut birthday bf baru abg."

Dia seakan-akan sengaja menyakiti hati aku. Takkan semudah itu dia mampu ucapkan yang dia sudahpun punyai bf baru? Aku tunggu hingga feri terakhir dengan linangan air mata. Tubuh aku lemah, longlai.. tak mampu berjalan. Bayangan Azuean langsung aku tak nampak. Aku naiki feri dengan air mata berlinangan. Biarlah semua orang jadi saksi bahawa aku sangat sakit. Aku sangat menyesal. Semua barangan yang aku bawa aku campakkan ke laut. Biar hilang, biar semuanya tenggelam. Aku beritahu dia apa yang aku lakukan..

"Adik, adik boleh buang semua tu dik, tapi abg yakin adik takkan buang memori indah kita. Abg akan simpan sampai bila-bila."

Aku lemah. Ini kali pertama dalam hidup aku melutut merayu kepada orang. Selama ini aku angkuh, berangan ramai peminat, berangan hebat, berangan Azuean akan ikutkan segala kehendak aku. Kali ni aku silap. Memang kesilapan yang paling bodoh yang pernah aku lakukan. Aku cuba menarik perhatian Azuean dengan apa yang boleh..

"Abg, adik nak terjun laut.. kalau adik mati ni semua salah abg!"

"Silakan..."

Itu text terakhir yang aku baca dari Azuean. Dengan rasa marah, aku buang semua sms dan nombor Azuean. Aku tak perlu ingat lagi. Aku rasakan bagai dia tidak punyai perasaan lagi. Aku bermalam di rumah abang aku di Bukit Mertajam. Dua minggu aku di sana, hilangkan perasaan terhadap Azuean. Aku jadi lebih liar. Tiap malam aku akan bertemu teman-teman MySpace. Ramai yang ingin mengisi kekosongan aku. Aku cuba untuk terima namun bayangan Azuean masih segar di ingatan. Bagaimana mungkin dia punyai boyfriend baru sedangkan aku tak mampu untuk menggantikan tempat dia? 

Perkara paling bodoh pernah aku lakukan ialah aku bersetuju untuk keluar bersama seorang lelaki yang langsung tidak aku kenali. Dia bawa aku pulang ke rumah, di bandar Perda. Tidak jauh dari rumah abang aku. Setelah sampai dirumah, dia tanggalkan baju dan seluarnya. Believe me, I never seen any cock that big. Dia mula merapati aku, aku elak. Aku cakap aku nak ke tandas. Aku lari keluar, balik rumah berjalan kaki. Memang difikirkan balik itu memang kerja bodoh. Banyak lagi jalan untuk lupakan Azuean. 

Cuti sudahpun berakhir. Minggu kuliah sudah bermula. Suatu hari, dalam aku tengah mencari buku nota aku terjumpa buah timun yang diukir berbentuk zakar. Tertulis disitu "Gay4Men". Aku tak endahkan. Aku biarkan saja. Keesokannya, aku pergi ke kuliah semua orang bagaikan menjauhi aku. Aku syak, mereka sudah tahu segalanya. Biarlah. Waktu rehat, aku akan ke Tasik Darulaman, tenangkan diri keseorangan. Memang aku tak akan pergi makan dengan teman sekuliah seperti kebiasaannya. Aku tahu semua orang jijik dengan seseorang seperti aku. Kadang-kadang aku menangis. Kenapa segala dugaan yang tiba tak henti-henti? Aku baru saja kehilangan Azuean, kali ni aku kehilangan kawan pula. Kawan se-jamming, kawan rapat aku, kawan seperjalanan ke kuliah semuanya jauhkan diri. Aku tahu, ini kerja kawan baik aku. Dia saja yang aku benarkan untuk gunakan laptop aku. Siapa lagi kalau bukan dia. 

Dalam aku kesedihan, satu malam aku terima text dari seseorang..

"Hg okay ke weh? Awat senyap ja kat kelas?"

Mesej dari Mie. Aku tak tahu sama ada Mie tahu atau tidak. Aku tahu, dia tahu.. dia ajak aku datang ke rumah sewanya ketika waktu gap kelas. Aku iakan saja. Dalam semua orang menjauhkan diri, aku dengar bunyi-bunyi belakang yang mengutuk dan menghina aku dari belakang. Aku tahu. Tapi aku bersyukut pada ketika ini aku nampak mana sahabat dan mana pula kawan. Hanya beberapa orang saja yang masih menerima aku seadanya, termasuk Mie.

Bersambung...

No comments: