Saturday, July 27, 2013

Pengorbanan

Memang tak terbalas pengorbanan dan budi baik 2 orang sahabat aku. Memang.. sedikit sebanyak mereka dah terpahat di hati aku. Siapa yang tak jatuh hati kalau diambil berat? Mie & Ched akan aku kenang sebagai 2 insan yang paling banyak berkorban untuk aku. Tahun akhir aku di universiti memang susah. Sebelumnya, aku di campus bersama Mie. Aku bergantung harap dengan Mie. Apa-apa saja mesti mengadi dengan Mie. Ched pulak, sekali sekala akan bagi duit belanja. Katanya, tanda persahabatan. 

Bila Mie tamat pengajian, aku keseorangan di Melaka. Pada mulanya, aku rasa lemah, rasa kosong. Aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa Mie. Alhamdulillah, walaupun berjauhan, tiap hati Mie text, tanya keadaan aku. Masa makan malam, selalunya aku makan sorang-sorang. Sebelum2nya aku makan dengan Mie. Tapi, bila dia dah tak ada, dia text sepanjang aku makan malam supaya aku tak sunyi. Sekali sekala dia datang melawat aku. Jauh jaraknya Kedah dengan Melaka. Sanggup dia datang kerana aku. 


Tahun akhir memang banyak pakai duit. Aku pun malas nak menyusahkan orang tua. Ched faham keadaan aku. Tiap minggu dia akan bagi duit belanja RM100. Aku tak pernah mintak. Sampai satu tahap, aku marah dia sebab aku dah malu dengan dia. Dia cakap, dia ikhlas. Dia tak mintak balas. Bila nak present projek sarjana muda, dia juga belikan baju. Mie pula settlekan duit rumah sewa. Pendek kata segala keperluan aku untuk belajar selama tempoh setahun di tanggung oleh kedua-dua sahabat aku ni.

Masa hujung semester, aku memang takda duit sangat-sangat. Duit cukup untuk makan je. Aku terpaksa mintak dengan Ched untuk duit printing thesis dengan hard cover. Kebetulan masa tu Ched takda duit. Dia cakap jangan risau, sebelum 5 petang aku akan dapatkan jugak duit tu. Aku menangis. Kenapa dia sanggup buat macam tu? Kalau takda duit, cakap jelah.. aku menangis kerana aku tak tahu apa yang aku boleh buat untuk dia. Aku menangis kerana dia satu-satunya manusia yang aku kenal, yang tak suka tengok aku hidup susah. Malam tu, aku tipu Mie. Aku cakap aku takda duit nak bayar rumah sewa, yang dia bayar sebelum tu tak habis lagi ada outstanding lagi satu bulan. Aku gunakan duit yang Mie bagi tu terus bank-in ke akaun Ched. Aku rasa dia tak tahu pun. Tahun lepas, aku cakap dekat dia aku teringin nak ada iPad sebab aku tak ada laptop. Kalau nak buat assignment di luar takkan la nak bawak PC. Seminggu lepas tu dia suruh datang rumah, ambik iPad dia dah belikan.


Sebab tu, aku berkeputusan biarlah aku bantu Ched sekarang. Bantu dia untuk kembangkan perniagaan. Aku tahu sekarang dia susah. Dia tersalah buat keputusan.. ruginya berpuluh ribu. Aku ingat lagi, dia pernah cakap dengan aku. Nanti habis belajar tolong aku. Kita buat bisnes sama-sama. Aku perlukan kau untuk bisnes aku jadi lebih sistematik.Minggu lepas, aku tidur di pejabat sepanjang minggu dengan Ched. Siapkan kertas kerja untuk permohonan pinjaman. Senyap-senyap aku log in maybank2u dia. Aku tengok, jumlah wang yang disimpan sangat sedikit. Memang jatuhnya dia hingga ke tanah. Memang perniagaan dia tengah sesak. Kalau aku tak berada di samping dia ketika ini, siapa lagi? Biarlah kerjaya sebagai jurutera aku abaikan. Demi persahabatan...


2 comments:

jejaka setia said...

Bgus bro,, mse ni la ko nk tau same de ko btol2 ikhlas ngan persahabatan ko ke x..ble kwn ko susah sape lg yg nk tlg kn klu bkn kwn dia sndiri..hidop ni mmg memerlukan pengorbanan..jgn risau, msti akn ade pembayaran bg setiap pengorbanan yg ko lakukn..

Anonymous said...

aku menangis bila baca cerita kau ni.. tak sangka masih ada lagi persahabatan yang macam ni wujud di dalam dunia yang penuh penipuan