Monday, July 29, 2013

Kisah Hidup Aku

Aku adalah anak bongsu daripada 5 adik beradik. Aku dibesarkan dalam suasana kampung, dan keluarga yang sederhana. Aku rasa, tak lah sederhana sebab masa zaman kanak-kanak, aku tak mampu beli mainan macam kanak-kanak lain. Keluarga aku susah. Tapi, prinsip yang mak aku ajarkan dari dulu ialah jangan tunjukkan kesusahan kita.

Walaupun keluarga aku susah, segala keperluan persekolahan memang mak aku titik beratkan. Pakaian aku tak pernah kotor di sekolah. Mak aku cakap, biar kita susah tapi jangan tunjuk imej di sekolah yang kita ni susah. Apa yang budak-budak lain ada di sekolah mak aku akan cuba dapatkan jugak. Zaman sekolah rendah memang menyeronokkan. Aku dipaksa untuk pergi ke sekolah dan penuhkan kehadiran tahunan. Pernah sekali aku tak nak pergi sekolah sebab tak siap kerja sekolah. Ayah aku belasah aku cukup-cukup. Angkat aku campak ke pintu. Sakitnya bukan kepalang. Tapi benda tu la ajar aku sampai ke sekolah menengah supaya tak malas pergi sekolah.

Masuk sekolah menengah, memang family aku dah tak kisah pasal pelajaran aku. Parent aku dah mula sibuk dengan business. Aku bangun pagi sendiri, gosok baju semua sendiri. Bapak aku dah cakap boleh kata tiap hari. "Skang ni ko dah dewasa, kena pandai hidup sendiri. Kalau nak hidup senang belajar sungguh-sungguh. Kalau nak hidup merempat berhenti belajar jangan bazirkan duit kami"

Sejak tingkatan satu, memang aku boleh dikatakan pujaan wanita. Ramai kakak angkat yang aku dapat. Mungkin sebab masuk sekolah menengah aku bukan lagi hingusan seperti budak-budak yang lain. Entah. Aku tak pernah rasa bertapa istimewanya aku dulu. Surat layang berpuluh-puluh aku dapat. Tapi, sejak masa tu aku mula sedar yang aku bukanlah seorang yang normal. Aku tak punyai perasaan terhadap kaum wanita! Aku lebih suka dimanjakan daripada memanjakan.

Masuk tingkatan 4 aku banyak sertai kem-kem belia dan kem motivasi. Aku mula bergaul dengan bermacam ragam manusia. Juga, pernah jatuh cinta dengan kaum sejenis. Aku pendamkan saja. Aku rasa keliru. Kenapa aku berperasaan sebegini? Kenapa aku tak punyai tarikan terhadap kaum hawa? Aku syak, mungkin ini adalah normal. Aku cuba bercinta. Permulaan yang kurang bagus. Aku bercinta dengan seorang awek dari sekolah berlainan. Hanya bertahan 6 bulan. Kenapa? Semuanya jadi terbalik. Aku yang selalu merajuk, dia yang selalu memujuk. Hubungan kami tamat kerana adanya orang ketiga. Kawan baik aku. Aku tak kisah pun, sebab aku pun menyimpan perasaan terhadap kawan aku. Aku mula jatuh hati kerana satu malam, kami menyertai kem kadet remaja. Semasa aku tidur di dalam khemah, kawan aku tu peluk aku dari belakang. Aku tak pernah rasa bertapa selesanya dipeluk sebegitu. Semuanya hanya seketika. Perasaan terhadapnya hanyalah cinta monyet.

Habis sekolah menengah, aku sambung pengajian di kolej. Mula lihat dunia luar jauh dari keluarga. Tak jauh sangat pun sebenarnya. Dalam 20km dari rumah. Mula hidup di asrama. Aku kenal rapat dengan Mie. Tapi, masuk semester 2, aku dan Mie jauh. Aku hidup dengan budak-budak muzik. Tiap hari habis kuliah terus masuk studio jamming. Mula kenal Myspace waktu ni. Aku tak sangka bila tiap kali aku upload gambar, berpuluh komen diterima. Aku rasa akulah jejaka paling hot zaman tu. Friend request berpuluh-puluh setiap kali online. Aku mula terjebak dengan PLU. Baru aku tahu, rupanya ramai lagi orang lain yang sama seperti aku.

Dalam beribu-ribu teman di Myspace, hanya seorang yang berjaya menambat hati aku. Azuean. Tubuh badannya seakan Mie. Berdada bidang dengan six pack. Tapi, rupanya tak sekacak apa yang aku idamkan. Aku jatuh hati kerana dia lain daripada yang lain. Setelah 2 minggu berkenalan, dia hubungi aku secara spontan.

"Adik! Abg ada kat Alor Star ni. Meh la jumpe abg!"

Azuean menetap di Penang. Memang aku selalu mesej di myspace. Tapi dia tak pernah beritahu aku yang dia ingin berjumpa. Segalanya spontan. Aku tipu dia, aku cakap sekarang rumah aku ada kenduri kalau jumpa tak boleh lama. Aku berpakaian paling selekeh dalam pertemuan pertama kali itu. Aku sudah masak dengan perangai orang mengejar aku kerana paras rupa.

Aku berjumpa dengan Azuean di City Plaza. Bila berjumpa, dia memujuk aku untuk menemani dia. Dia cakap dia tak ada duit untuk bermalam, dia datang dengan motor. Aku dengan berat hati setuju untuk temani dia hingga ke pagi. Malam tu memang dingin. Satu alor setar aku bawa dia jalan-jalan. Aku letak motor di cyber kafe kawan aku. Naik motor dengan Azuean. Pertama kali naiki motosikal disuruh peluk. Ya, memang selesa berpelukan. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kami hilang arah tuju. Tak tahu lagi nak kemana. Aku cadangkan lepak di Taman Rimba. Aku dan dia duduk di bangku tepi jalan lengang. Sunyi sepi. Agak menakutkan dengan suasana gelap di dalam taman. Dia perlahan-lahan pegang leher aku dan suruh tidur di pangkuannya. Aku rasa selesa sangat. Rasa kesejukan tiba-tiba hilang. Aku ingat lagi belaian dia ketika itu. Siapa yang tak jatuh cinta?

Sejam aku dipangkuan dia, aku bangun. Kami berpegangan tangan. Dia berbisik..

"Adik la manusia paling comel dalam dunia ni. Abg nak adik. Boleh tak?"

Aku hanya tersenyum. Aku kelu. Tak taku apa patut aku ucapkan.

Dia mulakan langkah menarik muka aku rapat-rapat. Dia belai bibir aku. Dia kucup secara perlahan-lahan. Aku tak pernah rasa bahagia sebegitu. Lama kami disutu, bercumbu-cumbuan bermesra mesraan seakan-akan dunia ini kami yang punya. Aku akui, aku hilang rasa malu walaupun ada 2 3 kereta yang lalu melintasi kami.

Bersambung...
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

4 comments:

wings angel said...

org loqstaq ka?? hehe

Anonymous said...

aku org johor. berjanggut. nama yusof. naik kereta merc. suka anak muda 0197911969
aku ni muslim pandai baca alquran.
suka anak ikan dan aku kaya

anjasmara said...

+60 13-408 5342
dasuki/kacak sado top/uitm merbok
(cr sugardaddy)

Arif Sang Danton said...

Aku mau dong
....




Wkwkwkk