Wednesday, July 31, 2013

Kisah Hidup Aku Part 3

Seminggu dah berlalu, aku dan Azuean langsung tak bertegur sapa. Aku cuba hubungi dia, tak berjawab. Aku sudah rasa lain macam. Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang tidak kena. Aku rasa, bukan aku yang patut tunggu dipujuk. Sepatutnya aku yang memujuk. Aku sms Azuean seperti biasa. Bertanya khabar.

"Bukan ke kite dah putus minggu lepas 31 Ogos 2007?"

Aku tergamam! Tiba-tiba saja air mata aku berlinangan. Kenapa secara tiba-tiba? Baru aku tahu apa yang aku buat selama ni dah keterlaluan. Aku memujuk, aku merayu langsung tidak diendahkan.

Tiap hari aku cuba hubungi dia. Tapi tidak diangkat. Tiap hari aku menangis. Aku tak pernah rasa bertapa sakitnya ditinggalkan. Aku menyesal, aku kecewa dengan sikap aku.

Suatu petang yang tenang, aku tak henti-henti hubungi dia. Pulang dari kuliah, aku singgah dan duduk termenung di satu dangau tengah sawah padi. Suasananya tenang. Aku cuba hubungi Azuean lagi, sambil berjalan-jalan di tebing sawah.

"Hello. Adik.. Jangan la call abg, abg keje ni.. Adik nak ape?"

"Adik nak abg! Adik xkira abg mana boleh putus mcm ni.. Knp abg buat adik macam ni??"

"Adik.. Abg sayang adik.. Tapi abg dah tak tahan la dik.."

"Abg nak adik buat ape? Abg cakap! Sampai ati abg buat adik macam ni.."

Aku merayu bagaikan orang gila. Dengan berlinangan air mata, aku teruskan perbualan dengan hujan membasahi aku. Aku tak hirau. Apa nak jadi, jadi lah walau disambar petir sekalipun.

"Abg.. Abg jangan buat adik macam ni.. Adik bunuh diri ni.."

"Adik, ingat mak ayah adik. Abg ni bukan sape2"

"Abg orang adik paling sayang tapi kenapa abg nak tinggalkan adik! Abg janji taknak tinggalkan adik! Abg tipu!

"Abg cuma boleh kotakan satu je janji abg. Abg sayang adik sampai bila2. Tu je. Adik jangan anggap abg tak sayang adik. Abg sayang adik sangat2. Dah.. Abg nak sambung keje nanti bos marah"

Hari yang paling menyedihkan dalam hidup aku. Macam filem hindustan. Kesedihan aku didatangi hujan secara tiba-tiba. Aku duduk menangis teresak-esak di dangau itu keseorangan. Suasana sejuk, sepi. Aku rasa bagai dunia ini sudah gelap untuk aku. Hidup aku sunyi. Aku berkeputusan untuk terus merayu. Aku akan pergi ke rumah Azuean.

Bersambung...


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

1 comment:

Tebuan Kuneng said...

pendek sgt...pnjg sikit la..hehe