Tuesday, July 30, 2013

Kisah Hidup Aku Part 2

Malam terus berlalu. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Suasana sepi. Aku dan Azuean singgah di salah satu kedai mamak. Memang aku tak banyak cakap. Sebab pertama kali berjumpa dan bertentangan mata. Tambahan pula, ini kali pertama aku jatuh hati kepada seseorang yang juga menaruh hati terhadap aku. Apa yang berlaku di Taman Rimba tadi memang membuat aku bertambah malu. Azuean seorang yang ceria. Pandai berjenaka, dan pandai mengusik. Bayangkan di kedai mamak dia nak cium aku..

"Abg niee!!!"

Aku tak sedar suara aku memang agak kuat. Satu kedai mamak perhatikan aku. Lagi la bertambah malu.

"Tengok.. Semua orang pandang adik.. Tak malu ke?"

Memang aku tak boleh bayangkan mana aku nak letak muka comel aku masa tu. Lepas makan, Azuean hantar aku balik. Dia bergerak pulang ke Penang. Dalam keadaan gelap gelita 5 pagi. Sebelum pulang, dia berbisik lagi..

"Adik.. Kawin dengan abang...?"

Aku terdiam.. Tak tahu apa nak cakap lagi. Satu ungkapan yang aku tak pernah dengar daripada mulut seorang lelaki ditujukan kepada aku.

"Mengada la abg ni.. Cepat la balik!"

Dia berlalu pergi. Dalam hati aku, entah macam mana tiba-tiba ada perasaan risau teramat sangat. Adakah ini cinta? Aku tak pasti. Berpuluh sms aku hantarkan sebelum tidur. Aku cuma ingin tahu keadaan dia.

Bermula dari malam itu, Azuean selalu sms. Setiap masa, ada saja dia ingin tahu apa yang aku lakukan. Aku rasa sangat dihargai. Aku tak pernah rasa bahagia begini. Banyak kali, dia melamar..

"Adik.. Jom la kawin dengan abg.."

"Abg dtg la minang. Jumpa parent cakap terus terang"

Gila ke apa? Memang tak mungkin terjadi. Setelah beberapa minggu ber sms, dia mula mengorak langkah. Aku tahu apa yang dia inginkan.

"Adik, kalau abg nk tidur dengan adik boleh?"

"Mana boleh, kena la kawin dulu"

"Ala adik ni, tidur je pun bukan buat apa-apa pun."

Seminggu berikutnya, dia buat kejutan sekali lagi. Azuean akan aku ingat sampai bila-bila, seorang yang banyak kejutan. Dia datang ke Alor Setar dan menyewa bilik hotel.

"Adik, malam ni kita kawin.."

"Macam mana?"

"Adik datang hotel....'!;"+_)"" nanti adik tau lah"

Aku datang. Aku tahu apa yang dia inginkan. Malam itu adalah malam yang paling istimewa dalam hidup aku. Aku dibelai dengan penuh kasih sayang. Belaian yang aku tak pernah rasai sepanjang hidup aku. Sedar tak sedar, aku dah bercouple dengan Azuean.

Cerita percintaan kami amat panjang untuk diceritakan. Cinta jarak jauh antara Penang dan Kedah. Nampak mudah, nampak sejengkal tapi banyak dugaan yang kami alami. Azuean hanya bekerja di salah sebuah kedai 24 jam, gajinya tak seberapa. Namun, harapannya tinggi menggunung. Dia bekerja keras siang dan malam untuk menampung hubungan kami. Apa yang aku inginkan tak pernah diabaikan. Kalau cuti pertengahan semester atau cuti semester, aku akan tinggal bersama Azuean. Dia punyai satu pangsapuri milik keluarganya. Tinggal berseorangan. Selalunya, aku akan jadi suri rumah sepenuh masa. Waktu pagi aku hantar dia ke tempat kerja, aku cuci pakaian, mengemas dan memasak.

Selalunya, kalau syif malam, dia akan pulang menemani aku dan makan malam pada jam 2 pagi. Memang seram.. Rumahnya betul-betul belakang kubur cina. Dia akan pulang jam 2 pagi dan belai aku sehingga aku tidur. Memang aku rasa bahagia sangat. Kalau boleh, aku nak putar balik masa. Masa pertama kali bercinta, dengan cinta pandang pertama. Dia juga akui, akulah yang pertama dicintai.

Hubungan kami hanya bertahan setahun setengah. Aku akui, aku terlalu angkuh dan pentingkan diri. Azuean banyak bersabar dan menangis kerana aku. Aku kuat merajuk, dan punyai ramai kenalan. Padahal dia, hidupnya hanya untuk aku. Tak ada teman yang lain. Aku tahu, kadang-kadang bila ke cyber cafe aku buka Myspace dan dia lihat bertapa banyaknya mesej dan friend request yang aku terima. Dari raut wajahnya aku tahu dia cemburu. Dia pendam. Tak pernah dijadikan isu untuk pertengkaran.

Tanggal 23 ogos 2007, aku menangis. Aku mengamuk. Azuean batalkan janji untuk bersama aku untuk sambut ulang tahun hari jadi aku. Seminggu kami bertekak. Katanya sibuk bekerja tak dapat cuti. Aku memang bodoh tak tahu memahami. Tanggal 31 Ogos, aku diajak keluar bersama seorang jejaka tampan.. Hanya berkenalan 2 minggu di internet. Bodohnya aku sengaja berbuat demikian untuk buatkan Azuean cemburu. Aku berterus terang..

"Malam ni, adik nak keluar sambut merdeka dengan ...... Abg xnak datang kan? Padan muka adik keluar dengan orang lain"

Memang aku terlupa Azuean malam tu. Aku terlanjur bersama jejaka berkenaan. Kekacakan dia buat aku hilang pertimbangan. Tamak. Malam tu, berpuluh-puluh panggilan dari Azuean. Langsung aku tak endahkan. Aku tahu dia cemburu. Mungkin dia juga tahu apa yang aku lakukan.

Bersambung....
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments: