Wednesday, July 24, 2013

Hutang Budi

Aku tak tahu bagaimana nak mulakan. Lama tak update blog ni. Tapi apa yang aku cuba sampaikan ialah, sekarang aku dah pun tamat pengajian. Aku dah janji dengan Ched yang aku akan bantu dia sebagai partner dalam business selepas aku tamat pengajian. Seminggu sebelum aku tamat pengajian, aku dapat panggilan daripada Intel. Mereka tawarkan jawatan sebagai Industrial engineer.

Tanpa berfikir panjang, aku setuju untuk teruskan dengan sesi temuduga. Aku beritahu Ched yang aku dapat tawaran, dia seperti sedih, dukacita. Aku faham, aku sangat memahami jika seseorang berjanji sesuatu tetapi janji itu dimungkiri. Aku tahu dia kecewa. Dia hanya ucapkan "good for you. Good luck".

Aku teruskan sesi temuduga. Semuanya berjalan lancar. Aku dapat menjawab semua soalan yang diajukan dengan penuh keyakinan. Tapi... Sesampai aku di bilik temuduga, penemuduga beritahu yang dia tawarkan jawatan yang lain dan dirasakan memang layak untuk aku duduki. Aku mula hilang minat. Capacity engineer bukan minat aku ditambah beban kerja yang banyak dan pengiraan yang terlalu banyak. Aku agak sedih kerana resume yang aku bawa diberikan kembali kepada aku seolah-olah penemuduga tidak berminat dengan kelayakan aku.

Tamat sesi temuduga, aku hubungi Ched.

"Dear, let's get back to work!"

"Awat? How's your interview?"

"I'm not interested, let's get the business started. Ill see u in the office tomorrow"

Setelah beberapa hari aku bersama Ched di pejabat bersengkang mata siang dan malam menyiapkan kertas kerja dan rancangan perniagaan, kami berjaya siapkan semuanya. Aku tidur di pejabat bersama Ched. Dia yang tanggung makan minum segalanya. Apabila semua dah siap, aku kembali ke rumah. Berbuka puasa bersama keluarga, pada masa yang sama Ched ke KL untuk urusan bisnes.

Keesokan paginya, aku dapat panggilan bahawa temuduga aku berjaya. Aku kaget. Aku kelu. Aku tak tahu apa yang aku harus lakukan. Ini kali kedua aku berikan harapan kepada Ched yang aku akan bantu menguruskan syarikat. aku beranikan diri, aku tekad..

"As we already discussed last week, you told me that you need someone who able to spend 70-90 percent of the time doing calculation in front of the computer. You also told me that the position requires someone who has good mathematical result. I am sorry to tell you that I am not the one you're looking for. I cannot fit the job scope and yet I'm not good enough to be one of your engineer. Thank you for offering me such a good position by the way"

Aku tak pasti apa yang aku buat. Aku jadi takut. Aku baru sahaja menolak tawaran sebagai jurutera di salah sebuah syarikat terbesar di dunia. Tak siapa tahu. Semua mereka yang tanya mengenai temuduga, jawapan aku.. Gagal. Kalau lah mak aku tahu... Tapi janji tetap janji.. Hutang aku terlalu banyak dengan Ched.

Memang keputusan ini adalah keputusan bodoh dan mengikut nafsu. Ya! Aku sedar aku punyai perasaan terhadap kawan karib aku. Perasaan sayang yang aku sendiri sukar untuk mengerti. Aku anggap ini ketentuan Tuhan. Dia telah tetapkan dimana rezeki aku. Dia telah tetapkan siapa yang berhak disisi aku...

Ched masih belum ketahui apa yang aku buat. Tak seorang pun tahu. Biarlah aku simpan. Aku cuma berharap, syarikat yang aku usahakan bersama Ched ini berjaya. Kami punyai idea yang segar. Insya'allah bank akan luluskan pinjaman untuk perkembangan syarikat di masa terdekat. Doakan aku berjaya ya!
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments: