Friday, June 21, 2013

Dua Jejaka Istimewa Dalam Hidup Aku

Dalam beberapa hari lagi, aku akan tinggalkan bumi Melaka. Tinggalkan segala kenangan yang penuh dengan suka dan duka. Lama tak update blog ni. Aku busy sangat sebab final semester.

Semester ni, semester yang paling banyak dugaan. Tak termampu untuk aku ungkapkan. Mie selalu tanyakan khabar aku, walaupun dia jauh. Sungguh aku mengaku aku sangat rindukan Mie. Tiap kali balik bercuti di Kedah, dia akan bawak aku jalan-jalan shopping & makan. Tak pernah aku rasa dihargai sebegini, walaupun aku pernah punyai teman lelaki sebelum ini. Aku sayangkan hubungan ni. Biarlah setakat kawan yang akrab. Kalau hubungan ini melebihi batas, aku rasa ia adalah suatu perjudian. Perjudian sama ada kami kekal sebagai teman sejati ataupun terputus ditengah jalan.

Sepanjang semester ini, Mie banyak habiskan duit untuk biayai pengajian aku. Aku rasa tak terbalas. Tiap minggu ditanya duit belanja. Nak pergi annual dinner, dia belikan pakaian baru. Nak present thesis dia belikan pakaian baru. Bahkan, sewa rumah dibiayai sepenuhnya. Aku rasa aku dah jumpa apa yang aku cari selama ni. Seorang lelaki yang betul-betul mengambil berat dan sayangi aku.

Mungkin aku jarang bercerita mengenai Ched. Dia juga kawan baik aku, sama seperti Mie dia biayai perbelanjaan harian. Aku tak pasti kenapa mereka berdua ini baik sangat. Aku rasa terhutang budi. Macam mana aku nak balas budi dua orang ni?

Mie tak nak aku kerja engineer, dia suruh aku join Ched buat business. Katanya aku berbakat dalam business. Kalau jadi engineer, kerjanya kasar tak sesuai untuk aku. Ched memang dah lama tunggu aku habis belajar untuk bawa aku masuk ke alam bisnes. Biar Tuhan sahaja yang tentukan mana rezeki aku selepas ini.


My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

1 comment:

Tebuan Kuneng said...

huhu...lebih kurg macm aku jer...sbelum nih ade 2 org yg amat istimewa bg aku..huhu tapi sekarang...utk bg diorag bahagia..aku terpaksa pergi...tapi dalam hati aku aku syg sgt kat diorg...