Sunday, June 23, 2013

Antara Nafsu dan Cinta

Tiap hari aku terfikir, apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hubungan songsang ini? Rata-rata aku lihat, kebanyakannya cenderung kepada nafsu seksual yang tinggi. Kenapa harus begitu? Mungkin, pengalaman dikecewakan oleh bekas kekasih membentuk individu tersebut untuk menghadkan hubungannya dengan lelaki lain sekadar rakan seranjang.

Mungkin bagi mereka yang memilih untuk hidup sebagai homo hanya sekadar untuk memuaskan nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Bagi aku, apa gunanya hubungan intim tanpa rasa apa-apa ikatan atau kasih sayang? Biarlah kita rasa disayangi dan dimanja, lebih baik daripada memuas nafsu sekadar seketika.
My BlackBerry's juiced by DiGi. How about yours?
http://m.digilive.my/bbplans

No comments: