Saturday, January 19, 2013

Everything is fine!

Salam semua.. lama dah aku tak update. Sibuk dengan thesis dan final exam. Alhamdulillah, sekarang semua dah habis, tak busy sangat dah. Cuma waktu cuti ni aku tak boleh balik, kena stay di kilang buat research dan solve problem kilang tu. Tiap pagi aku masuk kilang, mood happy sebab pekerja-pekerja di kilang tu bagi komitmen yang cukup baik. Raai jugak hensem-hensem hehehe.

OK back to the story. Lepas sebulan aku menyepi tak contact dengan Mie, tiba-tiba satu hari Mie bbm aku. Dia tanya khabar. Aku tak pasti sama ada aku patut balas atau terus diamkan diri. Aku buat keputusan untuk membalas.

"Buat apa nak tau? Awat tak terus diam? Kenapa selepas sebulan baru nak tanya aku hidup atau mati? Aku pun ingat hg dah lupakan aku, dan aku boleh hidup tanpa hg. Aku dah tak perlukan hg lagi"

Aku menjawab dengan penuh emosi, aku tak tahu, kenapa tiba-tiba air mata aku jatuh.. aku tak pernah melontarkan percakapan aku sekasar itu terhadap Mie.

"Dah hg tak mesej aku, macam mana aku nak mesej hg"

"So, tiap kali nak start conversation, aku yg kena start dulu? Siapa hg? Raja? Baru jadi engineer dah bongkak. So, kalau aku tak text, hg akan terus lupakan aku macam tu la?"

Lepas aku text, dia mendiamkan diri. Aku rasa, dia eang dah tak nak reply. Tapi dalam 2 ja kemudian,..

"Hg tau tak kenapa aku diam? Hg tau kan dulu aku buat Lisa macam mana? Bila aku marah, aku diam. Lisa dulu aku buat macam ni la sampai dia tinggalkan aku. Aku ingat hg faham aku. Aku tak tau mana silap aku, tiba-tiba hg tweet di twitter cakap aku tak kenang budi. Aku tak pernah lupa hg sedetik pun. Bila hg pos macam tu aku rasa marah. Tiap malam aku baca tweet hg, memang hg tak mention siapa tapi aku tau hg kata kat aku. "

Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan aku ketika tu, mungkin juga salah aku mungkin juga salah dia.

"hg tau ke apa jadi dgn aku bila aku on the way balik sini? tak tau kan? Kalau aku mati sekali pun hg tau tau pun"

"Sungguh aku mintak maaf, aku sibuk. Aku nak kena buat kerja macam-macam sebab bulan 12 nanti aku kena present performance kilang aku depan board of director kat annual dinner. Aku masuk kerja pagi balik lewat malam"

"Dalam masa 24 jam tu, tak boleh spend masa seinit text aku?"

 "Pernah kita bbm 5 minit? Selalu aku bbm dgn hg tak kurang sejam"

Aku tak tahu, aku menangis lagi, kalau boleh.. aku nak menangis sekuatnya. Aku cuba kuatkan diri untuk hidup sendiri tanpa sokongan Mie. Pada masa yang sama, aku tahu, aku lemah tanpa Mie.

"Ikut hg la Mie, aku tak kisah dah. Hg ada ke tak, aku rasa sama je. Aku dah boleh hidup sendiri. Lagipun, lepas hg konvo hari tu, aku rasa takda apa lagi dah aku boleh bantu hg, kalau kita tetap kawan baik pun, aku cuma akan menyusahkan hg. Hg dah ada semua. Hg dah tak perlukan aku lagi dah"

"jangan la macam tu, hg kan kawan baik aku.. sampai bila-bila pun aku ada untuk hg. Kalau takda duit, kalau ada masalah aku ada. Aku dapat kerja, hidup senang pun atas pengorbanan hg. Takkan aku nak lupa kan hg. Aku tak lupa hg sbg kawan baik aku"

Kesimpulannya, aku kembali berbaik dengan Mie. Lebih daripada sebelum ni. Dia yang biaya makan minum aku tiap hari. Dia akan tanya khabar aku tiap hari, dia ambil berat segala masalah yang aku lalui. Dia belikan aku iPad, katanya mudah nak contact guna iMessage. Minggu lepas, dia datang Melaka bawak aku jalan-jalan, shopping. Satu sen pun duit aku tak keluar. Persoalannya, sejauh mana sayang dia terhadap aku?

1 comment:

Putera said...

Adeh.. Ni sbb ko mengharapkn cinta dia.. Sdgkn dh byk kali dia ckp ko ni just kwn baik dia je..

Kena trima hakikat tu lh.. Syg dia pun aku rasa xkn lebih dr cinta...