Friday, November 2, 2012

Sedih... Sepi

Minggu paling sepi yang pernah aku lalui. Aku tak tahu mana silapnya, segala yang aku lakukan serba tak kena. Last week, cuti raya haji. Aku balik dengan one of my best friend. Malam raya tu pulak kereta buat hal, pukul 12 tgh hari baru sampai rumah.

On the way balik KL hari ahad petang bertolak, kereta buat hal lagi. Mati tengah-tengah highway, bateri habis. Nasib baik jem, kalau tak memang arwah la aku. Ape yang buat aku sedih, Mie langsung tak tanya khabar sama ada aku dah sampai ke belum. Kalau apa-apa berlaku dalam perjalanan, mungkin sampai sekarang pun dia tak tahu.

Masuk hari ni, hari ke enam dia tak bbm. Memang aku sengaja tak bbm dia. Aku nak tengok berapa lama dia nak senyap. Memang sakit sangat hati ni, bila kita ambil berat terhadap seseorang tapi dia tak pernah pun ambil tahu tentang kita. Aku mula sedar perubahan dia sejak dia bergelar engineer. Aku mula sedar bahawa dunia aku dan dia sekarang jauh berbeza. Mungkin dia sama saja dengan lelaki-lelaki lain yang memang tidak wujud perasaan ambil berat terhadap kawan rapat. Aku sangka dia berbeza, dia hanya lelaki biasa tidak jauh bezanya yang boleh dijumpai di kaki lima. Bazanya, dia lebih memahami aku berbanding lelaki-lelaki lain. Aku perlu cuba untuk lupakan dia.

3 comments:

josh bush said...

sabar bro, mie mungkin sibuk kot..
jgn nak harap sgt mie lagi tu.. baik cari yg lain, aku dlu pun mcm kau.. last2 persahabatan tu hilang tiba2.. cri yg btul2 plu ler bro.. anyway tgh tggu update terbaru u ni bro .. hihi

AJai Zaidie said...

saya pernah alami itu. memang payah bila kita ingat kat orang tapi dia tak ingat pun kat kita.sangat sedih dan kalau boleh terus nak suh dia kol dan ingat kat kita sellau tapi apa kan daya dia suami orang.- ajai

Anonymous said...

Lebih kurang dengan cerita aku, dah masuk seminggu dia tak balas mesej aku, aku tahu rumah die xde line sgt, tp bile mesej kat fb, aku hanya dapat SEEN jer tanpa sebarang kata, pedih hati nie