Monday, October 22, 2012

Perpisahan Sekali Lagi

Majlis konvokesyen berlangsung begitu pantas. Aku duduk bersama ibu bapa siswazah lain dengan penuh debaran menanti Mie naik ke atas pentas. Mie memakai kemeja dan slack hitam yang dipilih oleh aku sendiri, neck tie berwarna ungu tua juga pilihan aku, belt aku yang dipinjam nampak cantik, memang sepadan dengan saiz pinggang dia Namanya dipanggil, dia bergerak ke atas pentas sementara skrin gergasi memaparkan namanya dengan tauliahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan Dengan Kepujian. Aku tak dapat bayangkan bertapa bangganya aku melihat dia berjaya di samping keluarganya. Inilah yang aku nantikan sejak mula masuk ke kampus bersamanya satu ketika dahulu.

Selesai majlis, dia hubungi aku yang dah pun berada di luar dewan. Dia bawa aku pergi bersama teman sekuliahnya. Tugas aku, ambil gambar sebanyak yang mungkin. Ini adalah hari istimewa dia. Biar dia rasa dihargai. Selesai bergambar di Dewan, kami terus ke Canselori untuk photo shooting bersama family. Memang aku teringin sangat nak bergambar dengan dia, tapi siapa pula nak jadi juru foto? Aku abaikan hasrat aku. Aku dan Mie masuk ke Canselori untuk mencari tempat yang sesuai untuk bergambar. Cuaca panas. Tiba di satu ruang tamu yang sunyi tak ada sesiapa pun di situ, kami teruskan photo shoot. Mie ajak bergambar. Aku letakkan kamera di atas meja, ambil gambar kami berdua. Gambar aku sangat buruk. Berpeluh. Banyak shot cuba diambil tapi semuanya buruk. Takpe lah. 

Lepas hantar jubah, Mie bawak pergi lunch. Lunch laki ni mak dengan abah duduk di meja berasingan, kami makan berdua dengan menu yang sama. Tiba-tiba Mie cakap, mak nak balik hari ni sebab ramai orang tempah kuih raya sempena raya haji takut tak sempat. Apa aku nak cakap? Dalam hati aku rasa sedih sangat, kenapa lah pendek sangat masa untuk aku rasa bahagia? Aku diamkan saja. Dia hantar aku kerumah dan terus balik ke hotel untuk mengemas barang.

Pukul 2.40 petang Mie datang ke rumah untuk ucap selamat tinggal. Dia hadiahkan sehelai baju. Ibunya pesan, belajar elok-elok dah tak lama nak habis. Dapatkan pointer elok sikit dari Mie, nanti raya datang rumah, mak cik ada buat kenduri korban. Aku hanya tersenyum. Mie bergerak pulang pada petang tu, aku hanya menatap baju pemberiannya, terdiam tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba hati aku rasa kosong, rasa kehilangan yang amat. Tiba-tiba Mie BBM aku.

"Terima Kasih banyak-banyak wei sebab tolong ambil gambar aku & segala persiapan aku. Aku nak balik dah ni."

"Sama-sama. Upah?

"hehe.. upah nanti gaji bulan depan la aku bagi, dah kering ni"

"aku tak nak duit. Aku nak hang datang nanti aku konvo"

"Ohh.. beres.. boleh.. tahun depan boleh kot"

"Janji!"

"Janji"

"Mie drive elok-elok tau, hujan lebat ni.. jangan gopoh, biar sampai lewat pun takpa asalkan sampai"

"Okay. Hang pun jaga diri elok-elok aku takda ni"

"Okay. haih.. risau la hujan lebat ni.. kalau lebat sangat singgah la, kalau ngantuk singgah rehat"

"Yee..."

"Okay, drive safe."

............................................................................

No comments: