Friday, October 19, 2012

Paranoid

Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku takut sangat satu hari nanti Mie akan pergi tinggalkan aku. Aku tak tahu kenapa bila tiap kali dia pegang handphone, hantar text, aku rasa tidak tenang. Aku tak tahu kenapa dan sejak bila aku jadi begini, tapi hari ini aku sangat risau. Hari ni Mie bawa aku jalan-jalan dan membeli belah sekitar Melaka. Sepatutnya, hati aku lebih tenang tapi sebaliknya aku rasa sangat keliru. Aku makin rasa segan dengan dia yang bantu aku terlalu kerap. Aku takut, suatu hari nanti dia anggap aku satu beban dalam hidup dia. Aku akui, aku banyak bantu dia sebelum dia berjaya dapat berdikari. Tapi, semua tu tak sebanyak yang dia bantu aku sekarang. Sejak dia sampai di bumi Melaka semalam, aku rasa tak tenang, aku rasa janggal bila berjauhan dengannya walaupun sekejap. Apa aku harus lakukan?

No comments: