Saturday, October 20, 2012

Marah

Kecewa. Itu yang mampu aku ucapkan ketika ini. Aku sangat kecewa dengan sikap Mie hari ni. Nampaknya dia semakin berubah.Pukul 11 pagi bertolak ke Nilai 3 semuanya dalam keadaan tenang. Beli belah sekitar kawasan Nilai 3 dan bertolak ke Putrajaya. Aku tak tahu kenapa Mie sangat cerewet hari ni. Dia yang pandu kereta masuk lubang, orang lain pula dipersalahkan. Dalam perjalanan ke Putrajaya, dia tersalah ambil simpang, ikut sangat dengan GPS dia tu. Mula  ni memang sesat dan minyak pun nak habis. Aku tak percaya hari ni aku dengar perkataan kesat keluar sebijik-sebijik dari mulut dia depan mak dan abah. Dah sampai Putrajaya, belum apa-apa dah nak balik. On the way balik Melaka, ada kemalangan, jem dalam 3 kilometer. Sekali ladi dengar dia bising-bising dalam kereta. Dia rancang nak terus ke bandar Melaka bawak parent jalan-jalan sekitar Jonker Walk, tapi bila sampai Bandar Hilir jem. Kali ni memang dia marah. Aku dah tak kenal siapa dia lagi dah. Aku berdiam diri. Dia cancel plan pergi Jonker Walk, walaupun dah sampai. Terus balik Ayer Keroh dinner di kedai sekitar sini. Aku tak banyak berbicara. Dia pun tahu, aku tak suka dia bad mood atau marah-marah. Tapi hari ni dia seakan tak endah perasaan aku. Dia hantar aku balik rumah, pukul 10.00 malam. Aku tunggu dia text sampai pukul 12 lebih, tak jugak dapat text. So aku mulakan text.

"Mie! Belt bila nak amik?"

Dia balas "Alamak.. aku lupa, besok jelah aku ambik, lagipun saiz pinggang kita kan sama tak payah try"

"Buat apa tu?"

"Aku keluaq sat.. hehe"

"keluar dengan Wanie la tuh!"

"hehehe"

Memang aku dah agak. Memang aku rasa sakit hati sangat-sangat. Patut lah nak sangat balik awal, rupanya dah janji. "kebetulan" katanya si wanie sewa hotel yang sama. Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni dia selalu sembunyikan sesuatu dari aku. Account facebook pun dah tukar password, maybe tak nak aku access.

Aku rasa dia dah berubah. Aku rasa sama apa yang aku rasa sewaktu dia mula kenali Elisa. Memang aku tak boleh terima. Paling aku tak boleh terima si wanie tergedik-gedik dengan dia walaupun dah ada pakwe tambahan pula bekas pakwe si wanie tu classmate Mie.

"Mie.. nak cerita sikit ni"

"Apa?"

"Aku tak suka hang drive kereta macam tu, jangan nak belagak sombong dengan orang sangat, baru naik honda belum lagi BMW. Drive cermat sikit boleh? Bila masuk lubang, salah jalan, nak salahkan orang lain pulak padahal diri sendiri bawak kereta macam entah apa-apa"

"Hehe.. memang aku drive macam tu"

"Besok aku taknak pegi tengok hang konvo, takde kasut takkan aku nak pakai sliper?"

"Kasut aku ada, besok aku bagi. Boleh aih hang pakai lagipun saiz kita sama"

Sebenarnya aku saja buat alasan tak nak pergi. Aku hilang mood. Tapi bila lama-lama text dengan dia, dia macam boleh baca apa yang aku nak sampaikan. So, aku cool down sikit. But...
I am so... disappointed.



No comments: