Wednesday, October 17, 2012

Hanya Sekadar Adik dan Abang

Dah 2 minggu hidup tanpa dia. Aku tak rasa kekosongan. Mie sentiasa mengisi kekosongan tatkala rasa sunyi itu menjengah. Mie cakap, sabar... tak lama dah di sini, lagi 8 bulan sebelum aku memulakan hidup dengan berdikari. Tiap malam Mie berikan aku semangat. Kadang-kadang, aku terfikir kenapa Mie bukan ditakdirkan untuk aku. Mungkin Tuhan sengaja membawa Mie ke dalam hidup aku supaya aku sedar aku tak perlukan orang lain, aku tak perlukan seorang teman lelaki kerana Mie sudah pun memberi kasih sayang sepenuhnya untuk aku. Bezanya, dia adalah lelaki tulen yang tidak mungkin akan jatuh hati sengan orang seperti aku. Memang aku anggap Mie lebih daripada seorang abang. Aku juga tahu, yang dia sedar yang aku mencintainya. Tapi, janji tetap janji... hubungan kami akan tetap seperti adik dan abng, tidak lebih daripada itu.

Mie akan datang ke Melaka besok. Aku dah cari hotel yang bersesuaian, tak jauh daripada rumah aku. Mie akan ke majlis Graduasi pada hari Ahad. Satu tempat duduk khas untuk aku. Aku tak tahu, sama ada aku dapat menahan sebak ketika menyaksikan majlis konvokesyen dia nanti. Kali ini, aku tak mungkin dapat belikan dia apa-apa hadiah kerana hidup aku sebulan ini pun ditanggung sepenuhnya oleh Mie. mana aku nak dapat duit untuk belikan dia hadiah untuk majlis konvokesyen?

Sepanjang 4 hari dia dan famili akan berada di sini, dia cakap.. Aku mesti berada di samping dia dan famili sepanjang di sini. Mungkin ini saatnya aku mengenali keluarganya dengan lebih dekat.

No comments: