Monday, September 17, 2012

Bertahan

Dalam sedar tak sedar, aku masih bersama bf aku. Dah beberapa kali hubungan ni hampir ke penghujung, tapi aku tak berdaya untuk lakukannya. Aku tahu, aku sudah ada Mie. Walaupun dia bukan bf aku secara langsung, tetapi dia cukup untuk bahagiakan aku. Saat berjauhan macam ni, aku sangat rindukan dia. Dia adalah teman istimewa yang tiada bandingnya. Aku bersyukur, Tuhan berikan dia untuk aku. Aku bersyukur, hubungan kami hari demi hari lebih akrab, seperti adik beradik. Aku tahu, satu hari nanti aku perlu lepaskannya. Aku tahu, aku tidak mungkin akan memilikinya. Biarlah dia memiliki aku.

Hari demi hari, aku dah rasa bosan dengan bf aku. Aku dah tak sanggup dah. Dah muak dengan setiap tingkah laku dia yang mementingkan diri. Mungkin salah aku yang selalu membandingkan dia dengan Mie. Tapi, aku cuba untuk dia faham apa yang aku mahukan. Apa yang aku cakapkan selalu saja dilupakan. Tadi,  aku mengadu kad bank dan IC aku hilang. Jawapannya mudah, buat baru.

Aku tak perlukan jawapan tu. Kalau Mie, dia pasti akan menenangkan aku. Segala masalah yang aku hadapi, aku rasa lebih mudah bersama Mie. Tapi, kenapa aku punyai bf seperti dia? Segala masalah yang aku hadapi, Mie saja yang mampu membantu. Tapi, kenapa bf aku sendiri tidak mampu bertindak dengan sepatutnya? Adakah aku patut akhiri segalanya? Ataupun teruskan hubungan ini dan lupakan segala permasaalahan?

No comments: