Tuesday, August 21, 2012

Mencari Bahagia

Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum aku berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Aku tak rasa sedih untuk tinggalkan bumi Kedah, juga aku tak rasa happy untuk kembal ke ibu kota. Kedua-duanya sama. Tiada apa-apa yang istimewa. Terus hidup dalam rasa sunyi tanpa sesiapa pun yang kisah. Jatuh bangun aku semuanya sendiri. Kadang laka terasa ini terima pelawaan Azuean untuk kembali bersama, tetapi bila dikenangkan bertapa sakitnya ditinggalkan satu ketika dahulu, aku tidak mampu untuk berkata "Ya". 

Besok... Azuean akan datang untuk berjumpa aku. Aku ta tahu bagaimana nak berdepan dengan dia, sudah 5 tahun berpisah. Dia telahpun aku padamkan dari diari hati aku. Sikap keras kepala dia sejak dulu membuatkan aku sukar untuk menolak. Tapi.. dia satu-satunya lelaki yang mampu buatkan aku bahagia. Aku tak pernah rasai bahagia seperti mana aku bersama dia dahulu.. Apa pun, biar masa yang tentukan.

No comments: