Wednesday, July 4, 2012

Terharu

Hari ini aku belajar apa itu terharu. Bagaimana rasanya terharu. Bagaimana rasanya menangis kerana sebuah kejayaan. Tangisan kepuasan yang pasti tidak akan aku lupakan. Setiap hari, siang dan malam aku berdoa untuk kejayaan Mie. Aku berdoa supaya dia mendapat pekerjaan yang diidamkan. Hari ini, tuhan telah makbulkan doa aku, tuhan tunjukkan bertapa besar dan agungnya kuasaNya.

Pukul 1.30 pm - "Mie! Selamat Berjaya tau!"

Tidak dibalas.. sibuk agaknya..

Selepas makan tengah hari, aku ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Zohor. Hujan masih rintik. Aku bersolat dan memohon agar segala interview Mie berjalan dengan lancar. Aku berdoa berulang-ulang kali supaya dia diterima kerja. Selepas solat, aku labuhkan badan di penjuru surau. Aku terlelap seketika.

Pukul 3.16 pm
(Mie) - ":("

"kenapa mie?"

"cuba lagi :("

"cuba lagi? kenapa? apa silapnya?"

dia hanya berdiam...

"jangan tipu aku mie!"

"hehehe"

"next Wednesday aku  masuk kerja"

"alhamdulillah..."

"aku dah agak dah.. aku tak tau nak cakap apa.... Ini hadiah hang yang paling aku harapkan, aku tunggu saat ni dah lama dah..""

betul aku speechless. Aku kaku di satu ruang surau. Air mata mula membasahi pipi, aku tak boleh menahan sebak.. Aku tak tahu sama ada ini adalah kehendak aku ataupun bukan. Aku mahukan kejayaannya, pada masa yang sama.. aku juga ingin dia bersama aku..

Baru habis perbualan telefon hampir 2 jam. Dari nada percakapan, aku tahu dia gembira. Cita-cita sebagai seorang jurutera sudahpun tercapai. Ramai beranggapan bahawa aku tidak berhak untuk beremosi atas kejayaan orang lain, tapi bagi aku.. kejayaan dia adalah kejayaan aku. Segala usaha aku, segala apa yang aku ajari, beratus ringgit aku laburkan, berhari masa aku terbuang, akhirnya membuahkan hasil. Aku tidak memintak apa-apa balasan. Kejayaan ini adalah hadiah paling bermakna bagi aku. Kejayaan seorang sahabat yang aku sayang, yang aku korbankan masa dan tenaga untuk kejayaannya. Memang benar, aku menyayanginya lebih daripada seorang abang, namun aku sedar antara aku dan dia tidak mungkin lebih dari itu. Biarlah hati ini terus pendam perasaan. Aku bahagia andai dia bahagia.




3 comments:

Anonymous said...

i really impressed with ur story~~

Anonymous said...

your blog is osem!!!

Anonymous said...

please update your story ASAP!!!