Tuesday, July 3, 2012

Perpisahan Yang Sangat Menyakitkan

Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun aku di bumi melaka. Malam ini, aku sunyi. Aku rindu. Jiwaku memberontak. Aku punyai sahabat, sahabat yang tak pernah aku bayangkan selama ini. Dia adalah anugerah paling hebat yang tuhan utuskan untuk aku. Aku tek pernah rasa punyai perasaan sebegini hebat untuk seorang sahabat. Pertemuan sejak 7 tahun lalu tidak pernah aku menyangka akan sampai ke tahap ini. Aku mulakan pengajian diploma dengan mengenalinya sebagai rakan sekuliah. Habis 3 tahun diploma, aku anggap dia tidak lagi kembali. Namun, Tuhan telah takdirkan aku untuk menuntut Ijazah bersamanya. Dari hari pertama di bumi Melaka, dia bersama aku. Bla berjauhan dengan keluarga, aku mengharap dia adalah keluarga aku untuk 3 tahun akan datang. Alhamdulillah, setelah 3 tahun kami tetap bersama. Segala dugaan dan cabaran kami tempuhi. Pagi tadi, dia telah kembali ke Kedah untuk urusan temuduga sebagai seorang jurutera. Aku tidak menyangka dia akan kembali, tapi sepatutnya dia sudahpun kembali ke Kedah minggu lepas. Namun ada kursus yang perlu diikuti, dia kembali. Jika dia berjaya mendapat pekeraan yang diidamkan esok, dia mungkin tidak kesini lagi. Minggu lepas, setelah aku menemaniya ke Melaka Sentral, aku kirimkan e-mail yang aku sendiri tidak asti apa yang dia rasa setelah membacanya. Dia hanya membalas "kaulah sahabat aku dunia & akhirat!"

SUMMARY - 28.6.2009 - 23.6.2012

Salam Mie a.k.a my BuBu (~_^)
Tahniah! Dah habis pun belajaq dekat UTeM. Dah dapat Bachelor's Degree! Dah certified as an ENGINEER! Lepas ni, dah tak payah susah2 mak dengan abah dah, dah boleh cari duit sendiri, dah boleh berdikari, boleh tolong ringankan beban mak. Ingat Mie.. Graduation, baru permulaan untuk hidup, permulaan untuk sebuah kejayaan. Aku tak mampu belikan hadiah mahal2, tapi ni ja yg aku mampu, aku tau hg xdak sweater, selalu pinjam org punya. Mlm kemarin aku saja tanya hg knp x pakai sweater.. Hehe  Aku harap, nanti bila aku dah tak blh tolong hg, sweater tu boleh lindungi hg dari sinaran matahari, boleh panaskan badan hg bila hg sejuk. Aku dah cuba cari sweater adidas biru kuning tu, tapi dah takda jual mcm tu. U look smart on that. Sweater tu pun, puas aku cari area dekat2 sini. Dah takda kaler lain. Susah nak cari yg elok kalau xcukup modal. Aku tengok ada yg lawa, memang sepadan dgn hg, tp RM300, aku mana mampu lagi harga tu, mula2 ingat nak beli jugak, tp hg byk nk pakai duit lg so aku simpan duit tu bila hg nk guna. Headfon tu, aku ingat nak hadiah masa birthday hg hari tu, tapi aku lupa bawak plak. Maklum lah excited org nk blanja. Hehe. Anggaplah tu hadiah hari jadi dari aku yg tak seberapa. Nanti taun depan, aku pos yg special. Duit yg aku bg tu, yg untuk beli tiket tu, aku bagi, bukan pinjam tau. Nanti kalau dapat balik duit Bank Islam tu, buat modal p KL. Nak p KL nak pakai duit kan? Nak makan lagi, nak jalan lagi, topup lagi.. Aku dah ada duit, xpayah bayaq balik k. Buku aku bagi tu, aku harap sangat hg habis baca. Cuba faham. Aku bagi tu, bukan saja-saja. Aku tau hg lemah english, dengan buku tu, hg belajaq la lgpun bahasa dia senang faham. Tengok title dia, how to be a stronger you. Aku nak, hg confident. Hg sorang ja nampak diri hg teruk, tapi bagi aku, hg adalah insan yg terbaik aku pernah temui. Jangan sia2kan apa dah Allah bagi, dia dah bagi paras rupa elok, dia dah bagi kepandaian. Jangan anggap hg tak mcm org lain, hg jauh lebih baik dari org lain. Sedaq lah. Aku sedih bila hg cakap hg rasa awkward bila tengok penampilan org, cara percakapan org lagi elok. Tapi bagi aku, tak perlu hg nk ubah penampilan untuk jadi org lain, jadi diri sendiri. Cara percakapan tu boleh ubah. Belajaq cakap dengan sopan dan teratur, bukan susah, boleh buat. Aku tau hg boleh. Kalau hg tak boleh, aku tak tau nak buat mcm mana dah, aku dah cuba yg termampu. Aku harap hg tak lupa aku kat sini bila dah berjaya nanti. Aku dah cuba jadi kawan terbaik untuk hg. At least, aku dah jalankan tanggung jawab sbg kawan baik, sbg family hg kat sini. Aku tau banyak lagi kekurangan, sesetengah masalah aku tak leh tolong sebab bukan semua benda aku mampu buat. Selagi boleh, selagi hg ada masalah aku tetap ada, jangan risau. Selama 3 tahun ni, aku banyak terhutang budi dengan hg. Dulu, masa kat poli, kita lain, aku x kenal lagi siapa hg, aku ingat hg bukanlah kawan yg baik, tapi bila mai sini baru aku kenal siapa hg. Hg sentiasa ada kalau aku susah, kalau aku xdak duit hg support, kalau aku susah hati hg selalu kuatkan semangat, kalau aku sedih, hg selalu buat aku senyum, hg tempat aku ngadu masalah. Sejak mula masuk sini, aku dah anggap hg mcm family aku, dah mcm abang aku. Apa-apa sikit semua nak ngadu ngn hg. Dulu aku ingat lagi hari first kat sini mak hg ckp "duduk sini jangan gaduh2, jd mcm adik beradik".  Aku xtau mcm mana aku nak balas, sebab tu sebelum hg habis study, aku cuba buat yg terbaik, aku cuba sedaya upaya supaya hg tak susah. Aku tak tau mcm mana aku nak harungi setahun lagi kat sini tanpa hg, aku tak tau nak harapkan sapa lagi dah. Dah sebulan aku pikir benda ni, aku tak boleh bayang lagi setahun akan datang macam mana, malam dinner dgn mat arep, pakman dgn eja, aku suka tgk hg happy. Aku suka tgk hg makan berselera. Padahal, masa tu, dlm hati aku tuhan saja yg tau. Semua org cerita pasal grad, aku? Aku nak bukak cerita apa? Aku balik rumah, aku termenung. Kenapa lah aku tak tolak tawaran utem dulu? Kalau lah aku tau mcm ni rasanya bila tengok kawan2 dah grad, aku masih duduk sini, dah lama aku tolak. Tapi takpa lah, mungkin ni dugaan. Aku tak pernah ada kawan sebaik hg, kwn yg selalu ada masa aku perlukan. Aku rasa aku lah orang paling beruntung, aku bangga hg jd kawan aku. Bila dengan hg, aku rasa semua masalah aku dah settle, aku rasa selamat sebab aku rasa hg boleh settle segala masalah aku tanggung. Kalau hg x boleh tolong, hg pandai amik ati aku supaya x sedih, pandai bagi semangat. Tiap kali aku solat, aku doa supaya hg berjaya aku doa supaya segala kesusahan hg la ni di balas dengan kejayaan, aku mintak supaya nanti aku susah, hg tetap ada dgn aku. Kalau hg ada masalah, aku xsenang, aku risau. Ingat x malam tu, hg bbm hg ckp hg excident? Semalaman aku xleh tidur sebab aku risau. Aku x percaya hg ckp hg okay. Kalau boleh, aku nak terbang p yan, nak make sure everything is OK.  Bila psm hg kena reject, aku xsenang hati.. Aku takmau tengok hang susah hati.. Aku tau hg kecewa, dalam hati hg tu aku tau hg menangis. Aku takut bila hg tension. Tu lah, aku pun kalau boleh nak ketuk kepala hg tu, aku dah tanya banyak kali kan? Kalau tak boleh nak buat ayat dlm english, aku kan ada? Knp xmintak tolong awal2? Malu? Segan? Tak payah nak segan dengan aku mie, nak malu apa, dah kenal dah buruk baik kat mana, 7 tahun dah kenal.. Aku tak suka hg tension, aku tak suka hg marah.  Aku nak hg sentiasa senyum.  Aku cuba jugak tolong walaupun aku tak tau sangat pun, at least aku cuba buat hg supaya tak risau. Berat aku nak lepaskan hg balik, kalau boleh aku nak peluk hg erat2 sbb aku xtau bila lagi tuhan nak ketemukan aku dengan hg, tapi mcm mana pun, aku sedar kita kena berpisah.. Perlu ambil haluan masing2 untuk hidup. Tapi aku tak tau kenapa, sehari dua ni aku rasa macam hg masih ada kat sini lagi lepas ni. Aku cuba pujuk diri sendiri yg hg akan ada disini lagi utk tolong aku. Takpa lah, tuhan dah aturkan yg terbaik untuk kita. Aku bersyukur sangat2 sebab dia dah takdirkan hg ke UTeM ni dengan aku, dia dah takdirkan hg sebagai peneman aku masa susah, masa sunyi. Setiap tuhan takdirkan tu, ada sebabnya. Kalau lah hg xdak kat sini sejak dulu, aku mungkin tak sampai disini. Mungkin kali ni dia ambil hg pergi dari aku, sebab dia dah sediakan yang lebih baik untuk hg dan aku. Apa pun, aku nak terima kasih sangat2 sebab seminggu dua ni aku rasa happy sangat sbb aku dah tak makan sorang2 dah, kalau boleh tiap malam aku nak hg teman. Kadang2, bila hg bawak motor kt depan, otak aku selalu pikiaq bnda pelik2, aku slalu pikiaq yg nanti aku xdpt dh kwn mcm ni.. Kadang2 aku rasa menyesal sangat sebab terlalu bergantung dgn hg. Semua nak harapkan hg. Mcm semua benda aku x boleh buat sendiri.  Ntah bila lagi lepas ni aku boleh jumpa hg.. Kdg2 aku nangis kat belakang hg tp hg xperasan. Tapi bila di depan hg, aku tak pernah rasa sedih. Apapun, banyak dah impian aku dah tercapai, aku nak bawak hg p genting dari dulu lg, akhirnya tercapai jugak walaupun aku tengok hg mcm boring ja. Aku ingat, nak bawak hg p jalan2 kl, lepak KLCC, bukit bintang, tapi tak dan. Aku nak bawak hg p banyak tempat. Banyak lg tempat aku nak p, tp modal takdak. Sebenarnya, hari tu hg mintak RM10 tu, aku nangis kat rumah, mana la aku nak cari duit.  Aku takda duit langsung, aku tak boleh kalau hg susah aku tak boleh tolong, aku cari jugak duit, aku call macam2 orang cari nk pinjam, dapat pinjam 50 dari sorang hamba Allah. Aku beli topup utk hg, aku bawak hg p makan. Sebab tu aku ajak p kedai makan murah2. Aku tau hg takda duit langsung baru hg nk mintak dengan aku. Hg cakap, hg nak belikan aku hadiah bila dah dapat kerja nanti, tapi aku takmau pun apa2 hadiah dari hg, aku tak harap apa2 balasan pun, semua aku buat tu ikhlas, untuk sahabat aku. Untuk orang yang tak pernah abaikan aku. Duit boleh dicari, sahabat tak ada harga.. Aku cuma nak, hg sentiasa ada dengan aku waktu susah ataupun senang. Tu ja harapan aku. Jangan terasa terhutang budi dgn aku. Antara kita, tak ada apa-apa hutang pun. Semua yg aku buat, aku anggap tanggung jawab aku sebagai sahabat.  Aku nampak hg bole pergi jauh, hg kuat usaha, rajin tak mudah putus asa. Apa sekali pun aku nak hg berjaya. Selagi hg x berjaya selagi tu aku akan cuba. Ingat mie.. Perjalanan jauh lagi, banyak lagi masa. Kalau gagal, aku ada. Jangan risau. Kegagalan tu titik permulaan untuk sebuah kejayaan. Lagi kerap kita gagal, lagi besar kejayaan akan datang. Tu prinsip aku. Kalau ada masalah, jangan segan cari aku. Kalau ada apa2 nak luah, marah, sedih, kecewa, aku ada untuk dengar. Aku tak tau dalam hati hg tu, hg anggap aku ni siapa, mungkin bukan kawan baik, mungkin kawan sekelas atau sefakulti, tapi bagi aku, hg kawan nombor satu aku. Hg family aku. Aku selalu cakap kat mak aku, kat sini hg selalu tolong aku. Hg selalu amik berat pasal aku. Tiap kali blk kampung, mak aku msti tanya pasal hg.  Takpa lah.. Nanti sampai rumah, kirim salam dengan mak, abah. Assalamualaikum, moga selamat dalam perjalanan. Buat yg terbaik interview nanti tau. Aku doa hg dapat k. Aku mintak maaf kalau selama ni aku menyusahkan hg, suka menyibuk hal hg,  aku mintak maaf sbb terlalu mengharapkn hg dlm semua benda. Sebab, aku dah tak ada org lain dah. Aku cuma ada hg.

P/S : aku dah simpan duit untuk hg nak p kl nnt, kalau tak cukup duit, habaq tau. Jangan tipu aku, aku tau memang tak cukup.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Selepas email ini dikirim, aku balik ke rumah, aku termenung, aku menangis. Kenapa tuhan ambil dia dari aku? Soalan yang pasti aku sendiri tahu jawapannya. Dia kirim mesej melalui bbm. Caranya biasa, tiada emosi.

"terima kasih wey..
hadiah yang hg bagi ni..
aku dah lama idamkan..
aku tak tau macam mana nak balas"

dengan tangisan yang sendu, aku membalas :

"Aku tak mintak apa-apa balasan pun mie..
aku cuma mintak Tuhan tak ambil hg dari aku..
itu saja harapan aku..
aku tak tau macam mana nak hidup disini tanpa hg..
Lepas ni aku makan sorang2, balik sini dah takda orang teman.."

"takpa la.. nak buat macam mana..
sabaq la.. setahun ja lagi..
jangan la risau, aku kat Kedah pun kalau apa-apa masalah bagitau la..
apa boleh aku bantu, aku bantu.."

Dia pandai memujuk. Aku sedar, dia hanya sedapkan hati aku yang sedang bergelora. Namun, alhamdulillah, interview pertama dia berjaya. Keesokan harinya dia datang ke Melaka untuk pendaftaran kursus. Aku dah berjanji pada diri aku, aku perlu gunakan setiap ruang waktu yang ada untuk bersamanya beberapa hari ni sebelum dia kembali ke Kedah untuk Second interview. Semalam, aku merenung wajahnya. Aku tatap wajahnya umpama kami takkan bertemu lagi Aku terlelap. Bagun pagi, dia di sebelah. Aku selimutkan dia. Aku bersiap ke tempat kerja. Pukul 9.30 pagi dia bertolak ke Kedah. Aku menangis dalam perjalanan ke tempat kerja. Kali ini, aku tak dapat menemaninya hingga ke pintu bas. Dari pagi tadi, aku berbbm. Aku harap, boleh hilangkan rasa sedih. 

Aku mengharap kejayaannya. Aku berharap untuk bersamanya, sampai bila2.


4 comments:

bgwk64 said...

perhh..... ak rase nk nangis la sial..... sbb ak prnh rase pe yg ko rase.... perpisahan.... dgn shabat rapat.... ak still cntct tp dh xmcm dulu..... jumpe pon borak biase2 jer....

Harisman Arifin said...

serious bace ni rasa nak keluar air mata.

Elfi Iskandar said...

Waaaaa...dlm gmbr tu dy pakai sweater yg hg beli utk dy!!! Nmpk sgt dy syg sgt kt hg! Kirim salam naaa!!

Anonymous said...

Super duper great story, bergetar jugak hati nie membaca, kau beruntung dpt sahabat yg baik mcm tu, hargai lah sebaik baiknya, bukan semua org boleh dapat sahabat mcm tu...