Wednesday, May 16, 2012

Semakin Hari Semakin Parah!

Aku tak tahu mana silapnya dalam hubungan ini, setiap kali ada saja yang tidak kena. Aku cuba menjadi yang terbaik. Aku cuba intuk menjadi seorang prihatin, tapi aku dianggap mengongkong.

Aku tak tahu sejauh mana cintanya, setiap kali dia melafaskan kata cinta, hati aku terluka. Setiap kali dia melafaskan rasa cinta, jiwa aku bergolak. Aku tidak yakin sama ada itu benar-benar cinta ataupun sekadar ucapan manis seperti semua lelaki-lelaki yang aku ketemui sebelumnya.

Aku hanya dengarkan ucapan manis dari titipan dan perbicaraan, namun kenapa aku masih berasa sunyi disampingnya? Kenapa aku rasakan hidup aku diabaikan? Kenapa aku rasakan setiap kata-kata aku tidak pernah diendahkan? Bercakap tentang perasaan, aku tidak pernah berkorban sebanyak aku mengenalinya. Segalanya aku berikan sehinggakan berdepan dengan kematian! Kenapa dia tidak pernah hargai? Kenapa dia hanya mementingkan diri sendiri? Kenapa dia TIDAK BOLEH BERUBAH?

Aku tak tahu lagi dia ada dimana. Semuanya gelap, semuanya aku tak nampak lagi. Aku tak berani untuk melafaskan perpisahan, rasa sayang yang amat kuat tersemat dihati tak mungkin aku tidak menangis. Nyatakan kenapa aku tidak perlu bersedih?

Hanya menunggu.

1 comment:

Anonymous said...

hiii teruskan blog........aku slalu ikuti kisah awak dari 2008 lagi...wah lmany da berlalu..