Saturday, March 3, 2012

Mistake! Mistake! Mistake!

Aku dah lakukan kesilapan bersar yang bodoh dan tak patut aku lakukan! Mungkin ini dugaan yang Maha Esa. Aku bukan sempurna, banyak celanya. Hubungan aku bersama teman lelaki baru hanya bertahan 6 bulan. Aku tak tahu mana silapnya, aku cuba bertahan, Cuma memahami dan menerima dia seadanya. Tapi, sampai bila aku perlu menahan rasa gantung tidak bertali? Ya, hubungan ini banyak dugaannya, aku tempuhi dengan sabar kerana aku fikir, dia adalah terbaik untukku. Namun, lama kelamaan, setiap bicara bersamanya aku rasa bosan, bosan dengan kerenahnya. Tiap kali mula berbicara, hanya tertumpu kepada kisahnya, kehidupan hariannya. Aku? Bukankah dia juga perlu tahu apa yang aku lakukan saban waktu? Perlukah aku memberitahu dia setiap apa yang aku lakukan sedangkan dia tidak pernah ambil peduli?

Hubungan ini tidak seimbang. Hanya aku menjadi pendengar, dia hanya mahu menceritakan masalahnya, kehidupannya setiap waktu padahal apa yang aku lalui saban hari baik atau buruk tidak pernah dipeduli. Aku rasakan, aku perlu pendengar yang baik, aku mencari pasangan yang mengerti apa yang aku rasakan. Ya, dia memang baik, pada zahirnya. Namun dia sendiri jelek pada fikiran dan tidak mampu berfikir apakah yang perlu dilakukan dalam hubungan percintaan. Aku berusaha membaikkan keadaan, aku mengajak dia bercuti namun tidak diendahkan. Teman dan bola lebih penting daripada hubungan yang hampir penamatnya. Aku rasakan dia bukan lagi yang aku kenali dulu. Mungkin kehadiran teman yang ramai membuat dia lupakan aku. 

Pada mulanya, aku ingatkan dia adalah jejaka yang aku tunggu selama ini. Namun, dia hanya seorang lagi sembilu yang hadir sekadar untuk menyakiti. Banyak dugaannya walaupun hubungan ini tidak sampai setahun jagung. Dia telah mengubah segala kehidupan aku di kampus. Dia telah menukar teman aku menjadi musuh. Ya, dia sebelumnya bersama teman sekelas aku, namun kehadiran aku membuatkan mereka berpisah dan aku jadi mangsa seterusnya. Benar kata ex aku, dia mampu melupakan pasangan lamanya untuk aku, dan dia jugak semestinya mampu melupakan aku untuk pasangan berikutnya. Dasar elaki buaya darat! Indah saja luarannya namun siapa tahu sifat hitam disebalik wajah bersih itu?

No comments: