Sunday, January 15, 2012

Siapa Aku?

Aku tak sempurna. Aku bukan lagi aku 5 tahun dahulu. Aku tidak lagi punyai susuk tubuh idaman ramai lelaki. Aku tidak lagi punyai ramai kenalan PLU. 5 tahun dulu, mungkin anda kenal siapa aku di Myspace, remaja yang punyai lebih 5000 kenalan MySpace. Ya, aku rasa sangat dihargai. Setiap kali log in, pasti ada berpuluh friend request. Mungkin ketika itu, aku masih terlalu muda, mungkin juga berat aku hanya 53Kg. Ramai yang ingin jadikan aku 'adik angkat'.

Namun, di hati aku hanya punyai satu saja. Azuean. Tidak ada orang lain yang dapat layanan istimewa aku kecuali dia. Sifatnya yang peramah, senang bergaul dan mat rempit jadikan aku tertarik. Ya, aku mampu dapatkan yang lebih baik pada ketika itu, ramai orang mengatakan aku terlalu dungu untuk memilih pasangan.

Duit bukan segalanya bagi aku. Ya, pada masa itu dia hanya bekerja di kedai 24 jam. Namun, aku tak pernah keluarkan satu sen pun duit aku semasa bersamanya. Aku tahu dia bukanlah dari keluarga berada, tapi aku lebih suka dengan hidupnya yang tidak suka bergantung pada orang lain. Dia hidup sendiri sejak umur 18 tahun!

Memang cinta itu banyak dugaannya. Aku tersilap langkah. Dia pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Kini dia kembali. Kembali dengan dugaan. Aku tidak akan terpedaya abang.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments: