Tuesday, September 6, 2011

Cinta Tiga Segi

Sudah lama aku tak jenguk blog ni.. dah nak berkubur dah. Aku nak kongsikan cerita aku yang agak rumit untuk diceritakan. Malah, agak sukar untuk dipercayai. Aku sudah dimiliki. Aku tak mampu meletakkan harapan yang tinggi, tak tahu sejauh mana hubungan ini mampu bertahan...

Tiga bulan yang lalu, Aku tidak dapat balik ke kampung untuk cuti semester selama 4 bulan bersama S. Aku perlu menghabiskan masa selama 3 bulan untuk latihan praktikal di dalam kampus, manakala S meneruskan latihan praktikal di Kedah. Memang aku sunyi, aku gelisah sebelum meneruskan praktikal, disebabkan aku perlu berasingan daripada housemate sebelum ini dan aku perlu menetap di kolej kediaman yang baru, ditambah pula S pulang ke Kedah.

Setibanya aku di Melaka, aku mendaftar untuk asrama. Alhamdulillah aku dapat rumah yang agak selesa walaupun tak sebaik kolej kediaman sebelum ini, namun aku bersyukur. Aku tak sangka aku akan ditempatkan bersebelahan dengan rumah salah seorang classmate aku. Sebenarnya, aku menyimpan perasaan dengan classmate aku seorang ni. Dah setahun satu kelas, namun aku masih tak dapat bertegur sapa dengan dia. Aku gugup berhadapan dengannya. Orangnya segak, bergaya dan berketerampilan.

Dipendekkan cerita, aku mula rapat dengan classmate aku bernama E. Sejak aku berjiran dengannya, kami selalu pergi ke kampus bersama, duduk bersama di dalam kelas dan kami lakukan aktiviti hujung minggu bersama. Aku semakin selesa dengan persekitaran baru ini. Pada masa yang sama, aku dikenalkan oleh E dengan roomatenya bernama A. A seorang yang peramah dan suka berbual bersama aku. Selalunya, jika E & A ingin keluar untuk menonton wayang, mereka akan menjemput aku sekali. Hubungan kami bertambah rapat dan perasaan aku terhadap E bertambah sedikit demi sedikit. E mengajak aku ke Penang bersama housemate aku yang lain.

Pada petang sebelum kami bertolak ke Penang, Aku tertidur di bilik. Aku bangun dari tidur dan berasa lapar. Aku terus menuju ke bilik E untuk mengajaknya turun ke bawah untuk makan. Namun, aku terkaku melihat E sedang menangis di katil dan A sedang memarahinya. Aku langsung tidak tahu apa yang berlaku. Aku malas masuk campur, dan aku kembali ke rumah. Housemate aku memberitahu bahawa E berasa cemburu kerana A semakin rapat dengan aku. Aku langsung tidak faham. Aku tak pernah rapat dengan A dan kenapa dia berasa cemburu? Padahal jauh di sudut hati aku, aku pendamkan perasaan aku terhadap E. Punca mereka bergaduh adalah disebabkan E tidak mahu aku menaiki keretanya ketika ke Penang kerana dia tidak mahu aku mula rapat dengan A.

Aku mula syak yang E adalah seorang homo. Pada malamnya, kami bertolak ke Penang seperti yang dijadualkan. Aku agak sedih diperlakukan sedemikian, aku bersetuju ke Penang adalah atas ajakan E, namun lain yang berlaku. Di Penang, aku tinggal bersama abang aku di Bukit Mertajam. Semuanya tenang, aku berfacebook sepeti biasa. A selalu menegurku di Facebook. Macam-macam benda yang disoalkan. Aku melayan seperti biasa. Banub pada malamnya, E memarahi aku kerana berFacebook bersama A. A memberi aku nombor telefon. Namun aku tidak simpan.

Pada hari ahad, kami dijadualkan pulang ke Melaka. Aku dah bersiap, tiba - tiba ada satu SMS di hanphone.

"Korang bertolak pukul berape?"

Pada masa ang sama, E menghubungi aku bertanyakan soalan yang sama. Aku memberitahu E yang aku dan housemate akan pulang pada petang, aku sempat bertanya nombor siapa yang tanya soalan yang sama. E menjawab itu noombor A.

"Kenapa dia tanya kau nak balik bile padahal dia tompang aku? Korang ni ade apa-apa ke? Aku ni kawan baik dia, kenapa dia tak tanye aku?"

Bersambung....















2 comments:

only me said...

sy suka baca blog awk... setiap org ada jalan cerita kehidupan diri sendiri... dan di setiap cerita kehidupan itu, x semestinya akan dipenuhi dgn kebahagian...

btw, this is my blog...

http://di-satu-sudut.blogspot.com/

try to visit my blog to know about my 'cerita kehidupan'..

Anonymous said...

u're so talented in writing~~ haha ~~leh wat novel nih~~ xsabar nak baca semua crita ko~~