Thursday, May 19, 2011

Part III

Bermulanya semester baru. Dah setahun aku tinggalkan buku dan calculator. Suasana di kampus tak macam diploma dlu, ye la bila digree level ni pensyarah mengajar sebelah mata je. Banyak paper aku tak faham, lagi 0 lagi bab calculation. Aku memang tak suka calculation sejak sekolah lagi.

Sepanjang aku bersama S, aku rasa bahagia sangat. Dia selalu ambil berat pasal aku. Tak pernah ada kawan dalam hidup aku yang sebaik S. Bila handphone aku rosak, dia berikan aku handphone, bila aku demam dia belikan ubat, bila aku susah hati, dia selalu pujuk. Sedikit demi sedikit, aku mula menaruh hati terhadap S. Tanpa aku sedari, aku dah mula menyayangi S. Aku cemburu bila S berchatting di YM. Kadang - kadang, aku sakit hati bula S mengadap komputer sambil gelak terbahak - bahak. Namun, aku tak boleh buat apa-apa. Aku cuma boleh berharap supaya S semahami apa perasaan aku terhadap dia.

Pada hujung minggu selalunya aku dan S keluar bersiar - siar, tak pun pergi shopping. S sangat cerewet. Memang pakaian dia semuanya branded. Aku ada belikan dia baju berwarna merah. Dia yang pilih, harga boleh tahan, kopak jugak wallet aku. Tapi, bila bersama S aku tak kisah. Kalau dia mintak apa pun, aku akan usahakan. Aku memang dah terlalu sayang. Selalunya kalau cuti aku akan berborak dengan S sampai pagi. Macam - macam hal dibicarakan. Secara tidak langsung, aku kenal siapa S dari dalam dan luar. Dia berjanji dengan aku, yang niat dia datang kesini untuk belajar bersungguh - sungguh, tak nak ada awek. Dia janji tak nak ada hubungan cinta dengan sesiapa. Aku percaya.

Satu hari, S sedang mandi. Ada satu mesej baru di handphone S. Aku curious, kebelakangan ni S selalu je SMS. Aku dengan senyap-senyap membaca SMS S. Rupa - rupanya, S dah kenal seorang perempuan disini. Hati aku tak tenteram, aku takut kalau - kalau S menjauhkan diri daripada aku selepas ni. Aku dan housemate yang lain selalu je skodeng bila S keluar sorang - sorang. Ye la, sebelum ni dia tak pernah keluar rumah seorang diri. Mana dia pergi, dia mesti ajak aku. Finally, aku dapat tahu dia dah mula berminat dengan seorang minah. Tak la lawa sangat, biasa je. Tapi aku memang runsing. Aku sedih, aku takut, cemburu. Semua perasaan datang, aku tak tahu nak buat apa. Kadang - kadang aku tak dapat tidur memikirkan S. Aku takut sangat kalau S dah tak rapat dengan aku macam mula - mula dulu. Suatu hari, aku dah tak tahan. Aku marah S. Aku cuba menasihati S supaya jangan ada hubungan percintaan, bukankah itu janji S sebelum ni? Akhirnya, aku akur dengan keputusan S. S nak teruskan hubungan dia dengan perempuan tu. Aku nasihati S supaya jangan kecewakan dia. Aku tahu bagaimana perasaan seorang yang telah dikecewakan. Aku juga tak mahu S kecewa suatu hari nanti. Perkenalan mereka sangat singkat, baru saja 2 minggu, dah nak declare couple.

Aku mula menjauhkan diri daripada S. Aku agak kecewa dengan S. Mungkin dia tak pernah tahu bahawa aku yang berasa disamping dia siang dan malam amat berharap rasa cinta daripadanya. Mungkin dia tak pernah tahu bahawa setiap hari aku menunggunya pulang ke rumah. Mungkin dia tak pernah tahu bertapa risaunya aku apabila dia lewat pulang. Mungkin juga dia tak pernah tahu bahawa setiap malam aku menatap wajahnya semasa dia sedang nyenyak tidur.

Lama - kelamaan, perasaan cemburu aku hilang. Aku lalui hari - hari bersama S seperti biasa. Aku mungkin tersalah anggap. S rupanya lebih pentingkan aku daripada teman wanitanya. Apa sahaja kehendak aku dia tunaikan.

Bersambung...

No comments: