Tuesday, May 17, 2011

Part II

S memang excited sangat nak sambung study, tapi aku masih fikirkan bisnes aku yang dah nak menjadi. Tanpa fikir panjang, aku setuju jugak sambung study disebabkan semua orang di sekeliling aku mintak aku study.

Hari pendaftaran... aku masih di Kuala Lumpur, awal - awal lagi, S dah SMS nak jumpa disana. Aku dan S dah bincang, nak daftar sama - sama dan nak stay bilik yang sama. Pukul 9.00 pagi aku bertolak, sampai tepat pukul 11.00 pagi. Aku terus cari S, aku nampak dia dari jauh, senyum berbaju kemeja putih sambil melambai tangan kearah aku. Aku lihat surat tawaran S, rupanya dia masuk tahun 2, aku pula tahun 1. Aku ada sedikit rasa fed up, baru sampai je dapat bad news. Ingatkan kelas sekali. Aku kurang yakin untuk dapatkan bilik asrama yang sama, selalunya pihak universiti akan randomkan roomate. So, aku pun beratur rapat di belakang S. Sampai saja di meja pendaftaran asrama, aku mintak supaya aku dan S dapat bilik yang sama. Akak yang jaga kaunter tu senyum je, aku tengok nombor bilik.. B42A 1C hm.. aku tengok pulak nombor S, B42A1B. Alamak... aku dah takut.

"Wey, nombor tak sama ni, macam mana ni, hang blok B, aku blok C"

S menjawab

"ala, xpa, besa zatu blok ja, nanti mai la lepak bilik aku"

Bila pendaftaran selesai, S dah berangkat ke asrama sementara aku dan family pergi shopping barang-barang aku untuk di asrama serta makan tengah hari. Memang makan tengah hari kali ni paling best dalam hidup aku sepanjang aku di University ni.

Selepas makan, aku menuju ke bilik. Puas aku cari, akhirnya jumpa jugak. Aku tengok ramai dalam rumah tu, dah naik segan aku. Aku dengan selamber masuk ke bilik, aku lihat S ada didalam. Aku rasa happy sangat, apa yang dirancang dah menjadi. S ketawa, Huruf B dan C sebenarnya hanya membezakan katil aku, bukannya blok. Patut la akak tu senyum semacam je tadi semasa aku daftar asrama.

XX MINGGU HALUAN SISWA XXX

Selepas saja aku kemaskan bilik, aku dan S berkenalan dengan roomate yang lain. Semuanya baik. Petang tu, dah mula aktiviti untuk munggu haluan siswa. Tak sempat aku nak berehat. Seminggu di MHS, aku berkepit je dengan S. Aku rasa selesa bersama S. Aku rasa beruntung sebab ada teman disaan macam ni. Bayangkan, beribu pelajar lain datang dan kebanyakan mereka tak kenal antara satu sama lain. Seminggu bersama S, aku tak berjauhan sedikit pun dengan S. Aku rasa S memang seorang yang baik. Sebelum Ibu S berangkat pulang pada hari pendaftaran, Ibu S berpesan,

"Kamu berdua ni, jadi budak baik.. jauh dari rumah ni kalau boleh jangan gadoh2, jadi macam adik beradik.. susah senang bersama."

Sampai sekarang aku masih ingat pesanan tu. Pesanan tu yang kuatkan hubungan persahabatan aku dan S.

Bersambung....

No comments: