Wednesday, April 20, 2011

Sakit dalam hati memikirkan dia.

Hidup aku kekarang ni sangat sibuk. Aku baru habiskan cuti hujung minggu lepas bersama S. S adalah kawan baik aku di university ni. Mungkin dia tak pernah tahu yang aku menyimpan perasaan terhadap dia sejak program diploma lagi, dah hampir 5 tahun pun. Tapi, hubungan aku dengan dia sekadar kawan karib.

Semasa aku pergi bercuti bersama S, aku rasa ada sesuatu yang tidak kena. Sepanjang aku bersama dia, langsung dia tak SMS awek dia. Aku malas nak ambil tahu, tapi aku boleh rasakan hubungan mereka ada masalah. Sekarang dia lebih banyak berdiam diri. Balik je sini, aku dapat tahu dari miss E yang dia dah putus.

Sekarang ni, aku rasa semua tidak kena. Kenapa orang lain tahu hal ni terlebih dahulu padahal semua orang tahu aku adalah org yang paling rapat dengan S? Sejak bila S mula bersembunyi sesuatu dari aku?

Kadang2 aku rasa macam nak menjauhkan diri dari S sebelum aku terluka lagi. Tapi, aku tak ada orang lain yang rapat, yang ada bersama aku dalam susah dan senang. Mungkin orang cakap ini masa terbaik untuk aku cuba nasib dengan S, tapi susah untuk aku lakukan memandangkan dia sangat baik dengan aku. Aku juga tahu yang dia adalah seorang straight. Aku tak mahu persahabatan kami yang rapat menjadi goyah, aku sayangkan dia. Apa perlu aku lakukan?

No comments: