Saturday, April 30, 2011

Bermulanya sebuah kisah cinta tak berbalas

Kali ni, aku terasa nak cerita sejarah aku bersama S. Aku mengenali S sejak tahun 2005 semasa aku menuntut di salah sebuah IPTA di utara semenanjung. Pada mulanya, aku dan S hanya sekadar teman sekuliah. Tapi selepas beberapa minggu di asrama, aku selalu menghabiskan masa di bilik S. Ye la, aku dengan roomate aku mase tu memang tak bertegur. Entah, dia pendiam dan kuat study, aku pemalas & selalu habiskan masa dengan lagu. Hubungan aku dengan S bertambah baik pada ketika itu. Selalunya kami akan makan bersama dan ke kuliah bersama. Malam pulak, memang aku akan lepak di bilik S. Kami hanya dibenarkan tinggal di asrama 1 semester, so semester kedua kami perlu cari rumah sewa. Pada mulanya, aku dah set nak stay dengan S, last2 dia senyap - senyap join rumah sewa dengan orang lain. Hubungan aku dengan S dingin sejak daripada tu. Dia dengan hidup dia, aku dengan hidup aku.

1 April 2006. Aku gunakan nombor handphone baru, sebab masa tu aku dah mula rapat dengan ex aku. So, aku cuba kenakan si S. Aku berlakon sebangai "awek" salah miskol dia. Dia melayan. Petang tu, aku ajak jumpa di tasik. Dia setuju. Dia dah MMS gambar dia yang tak pakai baju. Memang hebat, sampai aku pun terpikat. Finally, aku terus terang yang aku saje kenakan dia sempena April fool. Semua classmate dah tahu pasal benda tu. Petang tu, dia pergi tunggu aku di tasik, tapi aku reply MMS dia dengan gambar kelas. Mesti dia dah dapat agak. Pagi keesokan harinya tu, semua orang brcakap pasal dia. Aduhh.. aku dah jadi serba salah. Kalau aku ditempat dia pun, aku malu. hubungan aku dengan S bertambah dingin selepas tu. Memang kami jarang bertengur sampai tamat diploma. Masa hari komvokesyen pun, dia bersama dengan student "skema", aku dengan student biasa. Memang jauh macam langit dengan bumi la aku dengan dia. Aku pernah simpan perasaan terhadap dia sejak mula perkenalan dulu lagi. Orangnya tampan, baik hati, tinggi.. ishk perempuan mana tengok dia tak terpikat? Ala2 mat salleh tuu..

Berlalu sudah zaman study, aku kerja dengan syarikat aku sendiri. Hanphone pun aku dah tukar nombor, jarang aku contact dengan kawan - kawan sekelas diploma dulu. Malas nak ambil tahu, sebab pada semester akhir, semua orang tahu yg aku gay. Aku disisihkan selama sebulan. Semua orang taknak kawan dengan aku. Walaupun semua dah ok, tapi aku memang ta boleh lupa macam mana kawan - awan aku buat. Aku lalui hari - hari dalam sebulan tu dengan tekanan. Masa tu, aku baru lepas putus dengan ex aku. Ditambah pulak dengan kawan- kawan yang memang tak faham perasaan aku. So, aku nekad tak nak ada contact dengan budak - budak sekelas diploma.

One day, result untuk tawaran ke Universiti keluar. Aku memang tak expect anything pon. Aku isi borang pun sebab kawan aku yg suruh. Lagipun, syarikat yang aku usahakan dah nak stabil, setelah bertungkus lumus selama hampir setahun. Aku tengah buat kerja di office tiba - tiba ade call, naim mintak aku check sama ada dia dapat atau tak. Aku check untuk naim, malangnya dia tak dapat. Aku terasa macam nak check jugak, tapi aku rasa memang tak dapat sebab result aku memang teruk. Then, dengan perasaan yang blur aku check.

"Tahniah! Anda ditawarkan untuk program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan ***** di Universiti ****** Malaysia. "

Aku kaku kejap, tak tau nak cakap ape, aku check berulang kali nak make sure benda tu betul. Memang betul pun... hehe. Aku terus balik rumah, di rumah mak aku pun dah tahu. Dah siap planning nak hantar aku sambil makan angin. Alamak.. macam mana ni, aku dah was was. Company aku baru je nak kukuh, sekarang family nak aku sambung belajar. Tiba - tiba aku dapat call dari nombor yang tak dikenali.

"Hello, sape tu?"

"Hello"

"Hello, sape tu? Ade ape?"

"Hello, aku ni.. takkan tak kenal aku, aku S"

Aku terpinga pinga, suara macam kenal, teringat balik oh... kawan lama..

"Hello, aku dengaq hang dapat U**M kan? Hang nak p dak wei?"

"aku tak tau lagi la.. aku buntu ni"

"Aku dapat gak wei, situ jugak.. klia la kita dapat U skali"

aku lagi la blurr... mamat ni betul ke tak ni..? macam pelik je sebelum ni tak penah - penah baik ngan aku...

.....Bersambung

2 comments:

Cerita gay pulau said...

Mungkin aku sudah jera. Sudah malas. Mengenal sosok anda gay2 manja. Super alay. Lebay. Dimana psikologi anda akan sangat berbahaya bagi sebagian gay yg msh berharap privacy.
Maksud hatiku sangat ingin mengenal sosok prIa dewasa. Dg kematangan pola pikir & sikap. & bisa bertanggungjawab atas omongannya. Maaf, saya paling anti basa_basi. Saya ingin dekat dengan anda, tentu berharap solusi terbaik, seperti apa hubungan yg baik tuk dijalani... Salam kenal, silah kan kontak O856646OO785 / BBM : 219ac6dc

Anonymous said...

Hmm