Tuesday, February 1, 2011

Cara Hidup Homoseksual Bukan Suatu Pilihan!

Sekarang dah dua hari aku balik ke Kedah sempena cuti Tahun Baru Cina. Tak banyak yang berubah. Hari - demi hari aku semakin sunyi. Aku juga bosan. Bosan dengan semua hal dunia homoseksual ini. Namun, aku tak punya kekuatan untuk keluar dari sini. Perasaan sayang sesama lelaki masih jelas dan kuat. Aku cuba mencintai seorang wanita sebelum ini. Namun, hubungan aku dengan si dia tidak berkekalan kerana orang ketiga.

Kenapa aku mudah jatuh cinta? Kenapa cinta itu datang kepada aku terlalu kerap? Lebih kerap ia datang, lebih kerap aku dikecewakan. Menjadi seorang homoseksual di kalangan mereka yang hetroseksual amat menyedihkan. Saban hari aku hanya memikirkan mereka yang tidak punya perasaan terhadap aku. Mengapa perasaan sayang kepada mereka begitu menebal? Mungkin di kalangan mereka yang normal menganggap cara hidup seorang homoseksual adalah mudah. Tidak sama sekali bagi aku. Aku menderita di dalam! Aku tak punyai sesiapa untuk berterus terang! Aku tak punya daya untuk merubah segala yang telah ditentukan! Jalan ini bukan yang aku inginkan! Aku juga inginkan sebuah keluarga dengan zuriat aku sendiri tetapi aku tidak terdaya!

No comments: