Monday, January 24, 2011

Planetromeo - Komuniti Gay Angkuh!

Dah lama aku tak update blog ni. Tak ada apa yang nak diluahkan. Aku banyak menghabiskan masa dengan hobi fotografi dan tumpukan perhatian kepada pelajaran. Sekali - sekala aku jenguk jugak ke planetromeo / guys4men / gayromeo tu. Tengok - tengok je mesej ade ke tak. Hujung tahun lepas aku berjumpa dengan seorang kenalan di planetromeo. Pada mulanya, dia yang tegur aku semasa aku online. Melihat pada gambarnya, dia seorang jejaka yang tampan. Ada juga mirip Remy Ishak. Aku tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana aku tahu siapa aku. Aku hanya individu biasa yang mencari kenalan di internet.

Malam tu, dia SMS aku dan bersungguh - sungguh nak berjumpa. Katanya nak berkenalan lebih rapat. Aku buat keputusan berjumpa dengannya. Aku tak langsung bersiap seperti golongan Gay yang selalunya nampak metroseksual. Aku hanya kenakan seluar trek dan baju T Paul Smith dan rambut tidak bergel atau minyak. Selalunya, aku tak akan berpakaian segak ketika berjumpa kenalan internet. Bagi aku, paras rupa bukan segalanya.

Kami bertemu di tempat yang dijanjikan. Hanya sekitar 2 km dari rumah aku. Pada mulanya, terdetik di hati aku ketika melihat wajah jejaka tersebut. Langsung tidak seperti gambar yang ditunjukkan. Hanya beberapa tanda yang dapat dipastikan bahawa itu adalah dia. Aku dengan selamba duduk semeja dengannya.

Dia tegur aku tanpa senyuman dan bersalam. Dalam hati aku dah rasa tak baik dah tentang mamat tu. Kerek gile sehh. Hanya bertanya tempatnya bekerja dan dia terus minta diri. Katanya ada kawan nak datang rumah. Fine. Sebenarnya, dalam kes ni aku sangat bernasib baik kerana memang dia bukan taste aku. Jauh panggang dari api jika nak dibandingkan dengan gambar profile dan orangnya. Dia bersifat angkuh mungkin hanya kerana mendapat banyak layanan di planetromeo. Mungkin.

P/S : Selalulah cermin diri kita di cermin sebelum bersifat angkuh ataupun meninggi diri. Sebelum kenal seseorang, eloklah bersikap sopan dan memberi layanan yang elok sungguhpun dia tu bukan taste kite. =)

2 comments:

Azim Azfar said...

sama la kita.... ^_^

Azim Azfar said...
This comment has been removed by the author.