Tuesday, April 6, 2010

Buruk Sangat Ke Aku?

Maaf sebab dah lama tak update. Sekarang aku dah sambung study di salah sebuah IPTA tempatan. Sudah hampir 3 tahun agaknya aku mencari cinta dan belaian kasih sayang dari seseorang yang bernama lelaki. Ramai aku kenal namun, tidak satu pun memberi respon yang baik. Aku mula mengenali golongan dewasa, maksud aku bukan yang sebaya. Namun, masih tak berjaya. Nampaknya mereka yang berusia lebih sibuk menghabiskan masa di tempat kerja.

Aku semakin buntu memikirkan tentang pasangan. Sudah muak aku berkenalan namun semua sekadar perkenalan, bukannya untuk berkawan atau berkasih. Semuanya berakhir apabila bersemuka. Buruk sangatkah aku? Kenapa susah sangat untuk mendapat seseorang yang benar-benar ikhlas? Aku cuba mencari pasangan yang tidak mempunyai paras rupa yang menarik, kerana aku sedar, aku bukanlah hebat sangat. Arrgghhhh!!!

1 comment:

Mr. said...

aku juga pernah mencintai seseorang..

tapi hanya dia yang ku tertarik,

tidak orang lain...

dan sudah ku tahu, dia pasti membenci ku satu hati nanti pabila aku bersedia berterus terang..

dan sesungguhnya aku hanya mencintai dia, dan aku tidak mampu hidup tanpa dia :(