Friday, April 3, 2009

Berangan...

Malam ni aku rasa sunyi sangat, dua tiga hari lepas ade la seorang dua PLU aku kenal di internet dan aku menaruh harapan bahawa aku akan dapat seorang jejaka yang aku tunggu - tunggu selama ini. Namun, setelah kenal hati budi masing - masing aku masih kecewa. Seperti biasa, sewaktu mula mengenali, semuanya dipandang elok, cantik, menawan.. apabila sehari dua, mulalah berpaling. Aku agak kecewa dengan sesetengah PLU yang merasakan diri mereka sempurna. Boleh berpasangan dengan sesiapa sahaja. Bagi aku, PLU seperti ini diklasifikasikan sebagai PLU yang hidup semata - mata untuk sex dan tidak lebih dari itu. Tidak hairanlah masyarakat yang memandang serong perbuatan PLU ini lebih menyerong pandangan mereka. Kerana segelintir PLU, rosak semua. Kenapa kaum gay dikaitkan dengan sex? Inilah puncanya. Sepatutnya, kaum seperti kita perlu berfikir dan bermunasabah dan kenali diri sendiri.

1 comment:

Mr. said...

Kenapa kita dilahirkan begini?? :(