Thursday, April 16, 2009

Antara Angau dan Sunyi...

Belakangan ini, hati aku memberontak, inginkan belaian kasih sayang seorang lelaki. Tiap-tiap malam aku layari laman web sosal seperti Manjam dan PlanetRomeo. Ramai yang ingin kenalan, tapi setelah kenal hati budi masing - masing, aku masih gagal intuk mendapatkan pasangan. Burk sangatkah aku? jahatkah aku? Macam biasa, ada kalanya aku jual mahal orang tak nak, aku melayan dengan elok pun orang tak nak.

Minggu lepas, ada seorang mat saleh, Philip namanya. datangnya dari United Kingdom ingin mengenali aku melalui Planet Romeo. Setelah berbalas mesej, dia ingin mendapatkan id YM aku. Sepanjang malam aku bersembang dengan dia dan berkongsi gambar. Orangnya kacak, matang dan berumur 33 tahun. Mempunyai syarikat sendiri yang bertapak di UK dan Paris. Kadang - kadang ada juga terdetik di hati.. betul ke ape yang aku buat ni? Dia membuat keputusan untuk datang ke Malaysia pada 28hb April untuk bercuti selama 4 minggu dan dia ingin aku bersamanya.

Sekarang, aku telah fikir masak - masak, aku sedar bahawa perasaan ini bukannya cinta, tetapi nafsu. jika cinta, kenapa aku membelakangkan agama? Kenapa aku suka dia? sudah tentu kerana dia kacak. Selama ini aku tidak pernah memandang paras rupa, namun aku inginkan seorang yang mampu bersama aku sama ada susah dan senang. Aku tidak mahu dipandang serong oleh masyarakat yang sudah memandang serong orang - orang seperti aku.

Kini, aku terus menunggu,.. menunggu datangnya seseorang yang mampu memberi aku bahagia....

No comments: