Saturday, October 25, 2008

Sepi

Bisikku pada bulan
Kembalikan..
Temanku, kekasihku, syurgaku..
Tanpa dia,
Malam menemaniku
Sepi...Memeluk ku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini gelap
Biar ia sepi
Sepertiku...

(Dipetik dari filem Sepi)

Sepi... semua pernah merasakan sepi. Apatah lagi insan seperti aku. Hari ini, aku rasakan sepi yang teramat. Dua hari yang lalu, aku luangkan masa hariku bersama dia. Aku rasakan perasaan ini lebih mendalam, namun aku hanya dapat memendam. Hari ini, aku tak nampak pun batang hidung dia. Adakah dia telah tahu perasaanku ini lalu menjauhkan diri? Hanya tuhan yang tahu. Aku tak mampu lakukan apa-apa. Kadang kala hati ini sakit lalu memberontak sehinggakan mataku pedih seperti dicurahkan garam, lalu bersinar seperti kristal yang amat jernih warnanya lalu mengalir sehingga ke pipi. Aku rasa sepersi orang bodoh kerana mencintai dia. Seperti mengharapkan sesuatu yang tak mungkin akan terjadi. Namun aku reda dengan ketentuan ini. Aku bahagia. Aku bahagia kerana mencintai dia dan aku lebih bahagia jika dia mencintaiku....

No comments: