Sunday, October 26, 2008

Kisah Lama Berulang....

Alhamdulillah… hari ni aku rasa baik sikit.. Aku mula mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada dia. Rasanya, tak banyak perkara yang berlaku hari ni, dan aku langsung tak bercakap dengan dia walaupun sepatah. Malam ni, semasa lepak dengan member – member semua dia Cuma mintak Lighter je untuk nyalakan api rokok.

Tapi, sekarang ni, aku masih teringat hari rabu yang lalu ( 22 Oktober 2008 ). Hari tu, aku ajak dia tolong bawa aku pergi buat account KWSP, maklumlah aku tak tau sangat, lagipun aku baru sahaja mula bekerja dan pagi tu majikan aku suruh buat account. Aku ingat dia tak nak, tapi dia cakap boleh. Then, petang tu semasa aku on the way nak jumpa dia, hujan pulak turun. Basah baju aku, maklum la aku pakai motosikal je. Tapi aku tak kisah. Bila jumpa dengan dia di luar shopping complex, kami tak banyak bersembang, Cuma bicarakan tentang hal yang penting dan di mana pejabat KWSP. Tiba – tiba dia ajak ke atas untuk makan tengah hari, elok lah aku pun belum makan, so aku ikut je. Di shopping complex tu ada dua medan selera (Food Court), selalunya kalau dating dengan member – member yang lain, kami lepak di food court area Billion, hari ni dia ajak aku makan di food court yang satu lagi. Setibanya aku disitu, aku terus teringat blind date aku yang pertama (dengan ex-bf : nanti aku ceritakan kisah silam aku di akhir perenggan ni). Entahlah, secara kebetulan, dia bawa aku duduk di meja yang sama dan kerusi yang sama. Dia duduk menghadap aku sama seperti yang pernah aku lalui 2 tahun lalu bersama individu yang berlainan, namun tempat yang sama. Dia ambilkan Coca-cola untuk aku : juga sama seperti situasi aku 2 tahun yang lalu. Cara layanan dia juga seperti situasi yang aku lalui suatu masa dahulu.

Semuanya memgingatkan aku kisah silam yang aku tempuhi bersama Azuean. Pemuda berusia 21 tahun (2006). Di situlah kali pertama kami berjumpa dan menjalinkan hubungan selama setahun, namun semuanya hancur keranya adanya pihak ketiga.

Hari tu, aku rasa happy sangat, ye la.. dapat berada disamping orang yang kita suka. Tapi apa maknanya jika aku langsung tidak mengetahui perasaannya terhadap aku. Aku masih tertanya – tanya, kenapa dia mengingatkan aku kisah lama?

Aku cuba lupakan perasaan ini terhadap dia, namun semakin aku cuba lupakan, semakin pedih dada ini menahan sebak yang amat menyakitkan. Keesokan malamnya, dia datang kerumah, lepak dengan aku. Aku layan dia sama seperti kawan-kawan yang lain. Ye lah, takkan nak layan lebih – lebih, nanti mesti dia syak sesuatu. Aku tak sangka yang malam tu dia nak tidur di sini. Tengah sibuk aku melayan komen di myspace, aku tengok dia dah tidur. Aku tatapi wajahnya selama yang mungkin, lama – kelamaan mataku merah tak dapat menahan sebak. Datang di fikiranku satu pertanyaan yang sukar untuk dijawab.. Kenapa aku tak dapat miliki dia? Kenapa adanya perasaan ini sedangkan hanya untuk menyakiti diriku sendiri?

Selepas malam tu, aku buat keputusan untuk cuba jauhkan diri daripada dia. Sekarang, aku serahkan semuanya kepada masa untuk menentukan....

1 comment:

MataHARIku said...

gd luck beb...i know u can do it...crla yg bleh jaga n syg ko...nnti ko akan melupakan dia perlaha-lahan...