Monday, October 27, 2008

Hari Indah...

Hari ni hari Deepavali. Kalau ade pembaca beragama hindu, aku ucapkan selamat Hari Deepavali. Hari ni, aku rasa kelainan, ya kelainan.. Hari ni, aku banyak luangkan masa dengan kawan - kawan seperti biasa tanpa dia. Tak tahu la mana dia menghilang, tapi dengan aktiviti aku yang padat dengan kawan aku hari ni aku dapat melupakan dia sementara. Banyak jugak duit aku habiskan hari ni untuk enjoy. Petang pulak, aku bawa anak buah aku pergi shopping sebab hari ni hari jadinya. Tenang perasaan aku bila layan kerenah kanak - kanak walaupun kadangkala dia buat aku naik angin. Lukisan permandangan dan tulisan A-B-C di dinding bilik aku ni pun masih belum aku padam. Teringat aku dua minggu lepas, aku tangan - tangankan budak tu sampai menangis tak berlagu sebab conteng dinding bilik aku.

Selepas penat temankan anak buah aku shopping, aku bawak dia pergi McD. Biasalah, kanak - kanak mana tak suka masuk McD, boleh dikatakan satu perkara wajib bila aku bawak anak buah aku keluar, mesti singgah McD. Semasa aku tengah order tu, ade la makcik tu, umur dalam 40-an tegur aku "Dik, cakap bahasa Melayu pun takpe, akak faham." Aduhh.. punya la malu aku dibuatnya. Dah la orang ramai. Tapi aku pendam je la, takut kang silap haribulan runtuh plak McD tu aku kerjakan.

Aku balik rumah dalam pukul 10.00 p.m. Sampai je rumah, member aku ajak keluar lepak. Malam ni dia ada, tapi dia agak ramah dengan aku cuma aku je buat layan tak layan dengan dia. Bukannya apa, aku tak mahu hati aku ni terguris lagi. Kalau boleh, aku langsung tak nak jumpa dia dalam masa terdekat ni walaupun jauh di sudut aku ni, aku sentiasa nak dia berada di depan aku. Bila difikirkan balik, lebih baik aku menjauhkan diri sebelum dia yang melangkah pergi. Aku tak mahu persahabatan yang telah lama terjalin ini hancur kerana nafsu songsang aku. Aku lebih rela membiarkan dia bahagia walaupun aku tersiksa. Sudah lumrah seorang homoseksual, hanya mampu memendam.... Jika diluah, padah!

No comments: