Wednesday, October 29, 2008

Dalam diam...

Nampaknya, dua hari ni aku rasakan sepi sangat, tak tahulah, dah beberapa hari aku cuba menjauhkan diri tapi dalam diam gerak hatiku ingin bersama dia. Semalam, selepas balik dari kerja aku ke kedai makan yang selalunya aku pergi selepas kerja. Tapi, dia ada di situ. Aku terfikir sejenak, adakah aku perlu pergi ataupun tidak? Akhirnya aku membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah. Walaupun gerak hatiku ingin berada bersamanya, namun aku tak mampu berhadapan dengan dia. Secara tiba - tiba aku hilang arah, aku tak tahu sama ada harus berjumpa dengannya seperti biasa, atau terus menjauhkan diri. Selagi jauh aku dengannya, batinku semakin tersiksa. Kadang - kadang memberontak. Kenapa aku harus begini? Kenapa dia? Kenapa bukan orang lain? Sekarang ni, aku rasa aku dah tak macam dulu lagi. Sebelum aku punyai perasaan ini terhadap dia, seuanya berjalan lancar. Aku langsung tidak punyai perasaan malu dengan dia sebelum ni, apatah lagi untuk berhadapan dengan dia. Sekarang, apa yang aku buat serba tak kena. Jika aku terlalu rapat dengannya, aku rasa pelik dan takut kalau - kalau dia perasan naluri hatiku, dan jika aku cuba jauhkan diri, juga aku rasakan kelainan kerana sebelum ni aku tak pernah berjauhan dengan dia. Apa aku patut buat ni????

No comments: