Friday, October 31, 2008

Apa perlu aku Lakukan?

Semalam, seperti biasa aku lepak dengan member - member. Tiba - tiba, salah seorang daripada kawan aku tu luahkan masalah yang dia sedang hadapi. Dia dah bercinta selama dua tahun setengah tapi ditinggalkan awek dia macam tu je setelah bayak dia habiskan duit. Tak mengapalah, aku bagi la nasihat sikit. Tapi, aku tak menyangka yang seorang lagi sedang memerhati perbincangan aku. Korang mesti dah dapat agak siapa, kalau korang selalu ikuti perkembangan blog aku ni. Dia pun nak bagi pandangan, nasihat. Memang aku respect cara dia pikat wanita kesukaan dia ( awek dia skang ni ). Memang romantik. Tapi, hati aku ni macam dah hancur, lebur dah.

Dia datang, duduk di sebelah aku rapat - rapat. Lepas tu, dia ceritakan hubungan dia dengan awek dia. Mengimbau kembali saat manis dia bersama awek dia. Ceritakan benda kesukaan awek dia, hadiah yang dia pernah bagi awek dia dan apa yang dia dapat dari awek dia. Aku hanya diam, apa boleh aku buat? Aku hanya mampu pendamkan perasaan ni. Aku tak mampu sedikit pun untuk bersuara apatah lagi nak meluahkan perasaan ni kepada siapa-siapa. Jauh di sudut hati, aku menahan sebak yang amat menyakitkan. Kenapa aku jatuh cinta dengan orang seperti dia? Kenapa cinta yang hadir dalam diriku ini hanya untuk menyakiti?

Baiklah, terus terang aku cakap, orang yang aku suka ni bukanlah handsome. Aku rasa ramai yang lebih baik daripada dia. Kenapa aku suka dia? Aku sendiri pun tak tahu. Kadang - kadang hampir gila aku fikirkan. Dia hanya seorang yang baik, pandai melayan kerenah aku dan aku tahu dia seorang yang romantis. Dia seorang yang gagap. Ya, gagap. Aku seperti tidak percaya yang aku mencintai seorang lelaki gagap. Tapi, sebenarnya aku menilai seseorang itu melalui hati, bukannya rupa.

Semalam, aku tak dapat menahan perasaan. Aku lemah, sampai sahaja aku dirumah, mataku pedih tak dapat menahan. Aku menangis sepuas - puasnya. Kenapa aku harus jadi begini? Kenapa cinta ini sungguh menyakitkan? Apa yang harus aku lakukan?

No comments: